Sarawak Raih Emas Pertama Sukma 2016

Diterbitkan: Selasa, 19 Julai 2016 1:48 PM

AKSI EMAS... Atlet Sarawak, Agustine Rudy Grocer (kiri) bersama Nurul Hidayah Abdul Karim beraksi pada pusingan akhir acara Poomsae Taekwondo Campuran pada SUKMA Sarawak 2016 pada Selasa. - fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Pasukan tuan rumah, Sarawak melaungkan amaran awal untuk muncul juara keseluruhan apabila meraih pingat emas pertama temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2016 di sini menerusi Taekwondo selepas menjuarai acara poomsae pasangan campuran.

Pasangan Augustine Rudy Grocer/ Nurul Hidayah Abdul Karim mengumpul sejumlah 7.37 mata dalam pusingan akhir di Stadium Perpaduan, Petra Jaya di sini.

Pada pusingan yang menyaksikan saingan sengit daripada lapan pasangan terbaik, gandingan itu mengumpul 7.38 mata untuk pyongwon dan 7.36 mata bagi pertunjukan taegeuk 8.

"Kami sangat gembira dan bersyukur kerana dapat meraih pingat emas pertama buat Sarawak. Kami tidak sangka yang kami akan muncul juara," kata pasangan itu yang mula bergandingan sejak 2013, selepas upacara penyampaian hadiah.

Pingat perak menjadi milik gandingan Chew Pek Wen/Brian Yam Ju Sheng dari Selangor yang mendapat 7.16 mata.

Gangsa pula dikongsi Chua Jia Xuan/Clara Tan Xin Yu dari Johor dan Lay Yi Chong/Cheong Pui Kei dari Negeri Sembilan yang masing-masing meraih 7.11 dan 6.96 mata.

Pasangan Lay/Cheong yang berkongsi 6.96 mata dengan gandingan Hyde Nachman Hijium/Hyde Nathania Hijium dari Brunei, dipilih memenangi gangsa kerana kutipan mata yang lebih tinggi bagi taegeuk 8.

Hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Puan Sri Jamilah Anu, isteri Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Sarawak , Sukma 2016

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan