Khairul Hafiz Layak Ke Separuh Akhir 100m Di Poland

Diterbitkan: Selasa, 19 Julai 2016 10:53 PM

Khairul Hafiz Jantan

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelari pecut remaja negara, Khairul Hafiz Jantan berjaya mara ke separuh akhir acara 100 meter lelaki di Kejohanan Olahraga Remaja Dunia di Bydgoszcz, Poland.

Menurut laman web Persekutuan Olahraga Antarabangsa (IAAF), Khairul Hafiz berada pada kedudukan kesembilan terpantas dengan catatan 10.44 saat untuk layak ke separuh akhir, Rabu.

Dalam saingan separuh akhir, Khairul Hafiz perlu berada dalam kelompok enam terbaik untuk mara ke final.

Seorang lagi atlet negara, Badrul Hisyam Abdul Manap gagal mengikut jejak Khairul Hafiz apabila beliau ketinggalan 0.01 saat untuk berada dalam kelompok 24 terbaik.

Beliau terpaksa berpuas hati dengan catatan 10.66s.

Tags / Kata Kunci: Khairul Hafiz Jantan , Pelari pecut , IAAF

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan