AUG: Malaysia Tambah Sebelas Emas Pada Hari Kelima

Diterbitkan: Isnin, 18 Julai 2016 11:51 AM

Zulfadhli Ruslan

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Malaysia menambah 11 lagi pingat emas pada hari kelima Sukan Universiti ASEAN (AUG) bagi mengumpulkan keseluruhan27 emas, kurang tiga daripada sasaran awal yang ditetapkan.

Kontinjen negara masih kekal di tangga ketiga keseluruhan selepas mengumpulkan 27 emas, 29 perak dan 29 gangsa setakat ini.

Malaysia masih berpeluang memenuhi sasaran yang ditetapkan Kementerian Pendidikan Tinggi kerana mempunyai baki tiga acara sukan yang disertai iaitu sepak takraw, petanque dan polo air.

Thailand masih mendahului 10 negara lain dengan mengumpulkan 48-32-31 manakala Indonesia di tempat ketiga dengan 33-47-31.

Pada Isnin, pasukan memanah menyumbang enam emas untuk kontinjen negara.

Atlet memanah compound, Fatin Nurfatehah Mat Salleh dan Zulfadhli Ruslanmenyumbang lima emas di antara mereka untuk negara.

Di padang kampus Universiti Teknologi Nanyang, Fatin mengatasi rakansepasukan Nurul Syazhera Mohd Asmi di perlawanan akhir untuk menang acarai ndividu dengan 139-138.

Mereka kemudian berganding dengan Saritha Cham Nong untuk menewaskan Indonesia 227-218 dalam acara berpasukan wanita. Zulfadhli juga menewaskan rakan senegara, Mohd Juwaidi Mazuki bagi menjuarai acara individu lelaki sebelum mereka berganding dengan Ahmad Syafiq Azim Saeriuntuk menewaskan Thailand 234-213 dalam perlawanan akhir acara berpasukan.

Fatin dan Zulfadhli kemudian berganding dalam acara beregu campuran untuk menewaskan pasangan Indonesia, Tiara Sakti Ramadhani dan Primas Wisnu Wardhana 154-153.

Trio memanah recurve negara yang terdiri daripada Azuanis Abdullah, NurAtiqah Azizi dan Ezryn Meza Mohamed menyumbang emas keenam selepas menundukkan Singapura dalam acara berpasukan wanita.

Dalam acara silat olahraga pula, peserta Laos, Noukhith Latsaphao gagal menepati berat badan untuk kelas bawah 65kg lelaki, sekali gus membolehkan pesilat negara Razak Ghazali menjuarai kategori itu. Nurul Ain Sohrab pula menang ke atas Ulvya Kurniawati dari Indonesia untukmenjuarai kategori bawah 65kg wanita.

Pemain badminton negara, Zulfadli Zulkiffli pula menjuarai acara perseorangan selepas menang 21-10, 21-8 ke atas Rifan Fauzin Ivanudin dariIndonesia.

Skuad olahraga negara sekali lagi bertindak cemerlang apabila Adi Alifuddin Hussin memenangi pingat emas acara lontar peluru dengan catatan 16.33 meter,tetapi masih jauh daripada rekod kebangsaan miliknya pada 17.54m.

Noor Shahidatun Nadia Zuki, yang membuat penampilan sulung di kejohanan inipula menjuarai acara lompat jauh wanita dengan 5.95m.

Dalam acara bola sepak, skuad negara gagal mendapat pingat gangsa apabila tewas 3-4 menerusi penentuan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 sehingga tamat waktu permainan sebenar. -Bernama

Tags / Kata Kunci: AUG , Pingat Emas

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan