Ziyad Idam Emas Sukan Paralimpik Di Rio

Diterbitkan: Jumaat, 15 Julai 2016 4:50 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Atlet lontar peluru paralimpik negara, Muhammad Ziyad Zolkefli mengharapkan latihan singkat di Jerman mampu mencerahkan peluangnya meraih pingat emas Sukan Paralimpik di Rio de Janeiro, Brazil, September nanti. 

Anak jati Gombak, Selangor itu yang akan bertolak ke Leipzig bersama beberapa atlet olahraga paralimpik negara esok, menyifatkan latihan dua minggu di bawah kendalian jurulatih terkenal Jerman, Lothar Tischendorf penting dalam memantapkan persembahannya terutama dari segi teknik lontaran yang sempurna.

"Ini merupakan pemergian kali ketiga saya ke Jerman setelah saya menjalani latihan sebanyak dua kali di negara berkenaan," katanya pada Jumaat.

Muhammad Ziyad akan menyertai acara lontar peluru kategori F20 (masalah pembelajaran - ID) lelaki pada Sukan Paralimpik Rio yang dijadualkan berlangsung pada 7 hingga 18 Sept ini. 

Pemenang pingat gangsa Kejohanan Olahraga Dunia Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) 2015 itu menjelaskan sekembalinya dari Jerman pada 2 Ogos nanti, beliau akan menyertai Sukan Paralimpiad Kebangsaan di Sarawak.

Beliau bagaimanapun hanya meletakkan sasaran untuk memperbaiki jarak lontaran peribadi terbaik diciptanya iaitu 16.55 meter pada pertandingan olahraga tempatan di Jerman, awal tahun ini.

"Apa yang penting bagi saya masa ini adalah mengelakkan kecederaan memandangkan Sukan Paralimpik Rio tinggal kurang daripada dua bulan lagi," kata Muhammad Ziyad.

Sebagai rekod, Muhammad Ziyad meraih pingat gangsa di Sukan Paralimpik London 2012 dengan catatan 15.21 meter pada penampilan sulungnya di temasya itu.

Malaysia akan menghantar 14 atlet ke Sukan Paralimpik Rio termasuk dua yanglayak secara merit. 

Dua atlet itu adalah Abdul Latif Romly dan Mohammad Ridzuan Mohamad Puzi yang memenangi pingat emas, masing-masing dalam acara lompat jauh kategori T20 dan 100m kategori T36 pada Kejohanan Dunia IPC di Doha, Qatar tahun lepas. -Bernama

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan