Muhammad Ziyad Langgar Pantang Pagi Aidilfitri

Diterbitkan: Rabu, 6 Julai 2016 8:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Atlet paralimpik negara, Muhammad Ziyad Zolkefli terpaksa melanggar pantang larang diet pemakanan setiap kali tibanya Hari Lebaran kerana tidak dapat menolak keenakan lemang, ketupat dan rendang kegemarannya.

Bagaimanapun, beliau berkata ketiga-tiga makanan tersebut tidaklah diambil dalam kuantiti yang banyak, hanya sekadar melepaskan rasa mengidam terhadap menu wajib di pagi hari raya itu.

"Hari raya tak bermakna kalau tak makan lemang, ketupat dan rendang air tangan ibu saya. Ia merupakan makanan kegemaran yang sentiasa saya nanti-nantikan.

"Lagipun Hari Raya hanya sekali setahun, makanan yang kita nak semua ada pada waktu itu. Saya terpaksalah langgar pantang sedikit tapi tidaklah makan secara berlebihan," katanya kepada mStar Online.

Muhammad Ziyad berkata setiap atlet perlu mematuhi banyak pantang larang dalam soal pemakanan bagi memastikan stamina kekal cergas dan sihat sepanjang masa.

"Atlet memang banyak pantang larang berkaitan pengambilan makanan. Kita sebenarnya kena elakkan mengambil makanan tinggi kandungan kolestrol kerana penjagaan berat badan amat penting.

"Jika kita ambil makanan yang lemak dan berminyak secara berlebihan ia akan menyebabkan pertambahan berat badan sekali gus membahayakan kesihatan," katanya.

Ziyad

Ketika ditanya mengenai persiapan sambutan Aidilfitri kali ini, atlet berusia 26 tahun itu menyatakan rasa teruja kerana berpeluang meraikannya bersama keluarga di Gombak, Selangor.

"Pada hari raya kali ini saya akan meraikannya bersama keluarga sebelah ibu dekat Gombak, Selangor terlebih dahulu. Selepas itu, barulah kami sekeluarga bertolak ke Negeri Sembilan bertemu sanak-saudara sebelah bapa," katanya.

Ketika ditanya mengenai Sukan Paralimpik Rio 2016, Muhammad Ziyad berkata beliau masih menaruh harapan  agar berpeluang untuk membawa cabaran negara buat kali kedua pada kejohanan itu.

"Buat masa ini hanya empat atlet yang sudah layak, saya masih lagi berusaha untuk menempah slot ke kejohanan itu.

"Segala persiapan sudah dilakukan bermula daripada kejuaraan dunia pada Oktober tahun lalu. Sekarang saya sedang melalui fasa akhir untuk melayakkan diri," katanya.

Jika berpeluang mewakili negara, beliau berazam untuk membawa pulang pingat emas pertama dalam acara melontar peluru kategori F20 (masalah pembelajaran - ID).

"Saya mahu pecahkan rekod dunia dan cuba dapatkan pingat emas untuk negara. Pada masa sama saya mahu memperbaiki rekod peribadi terbaik saya," katanya.

Pada temasya Sukan Olimpik London 2012, Muhammad Ziyad meraih pingat gangsa dalam acara itu dengan melakukan lontaran sejauh 15.21 meter.

Tags / Kata Kunci: Ziyad , Paralimpik

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan