Olimpik: Keluarga Sumber Inspirasi Haziq Atasi Gugup

Diterbitkan: Selasa, 5 Julai 2016 8:00 AM

Haziq Kamaruddin.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pengalaman beraksi pada temasya Sukan Olimpik London empat tahun lalu banyak membantu atlet memanah negara, Haziq Kamaruddin mengatasi perasaan gugup semasa menggalas cabaran negara pada kejohanan sama di Rio, Brazil, Ogos ini.

Malah, atlet kelahiran Johor Baru ini mengakui pengalaman beraksi di temasya berprestij dunia itu turut mematangkan dirinya ketika berada di lapangan.

Justeru, beliau mengambil pendekatan sentiasa bersikap tenang dalam usaha menghasilkan sebutir pingat untuk negara dalam acara tersebut.

"Setiap atlet tidak dapat lari daripada perasaan gugup tetapi saya banyak belajar daripada pengalaman semasa beraksi di London sebelum ini.

"Apa-apapun kita kena kawal perasaan. Insya-Allah jika kita yakin dengan diri sendiri segalanya akan berjalan lancar nanti," katanya kepada mStar Online.

Atlet berusia 23 tahun itu berkata, kebiasaannya beliau akan menghubungi keluarganya sebelum beraksi bagi meredakan tekanan dan perasaan gugup.

"Saya akan berbual dengan keluarga dulu untuk redakan keadaan. Walaupun jauh mereka tetap akan membantu dengan memberi kata-kata semangat dan sokongan," katanya.

Hazif akan bergandingan dengan Khairul Anuar Mohamad dan Muhd Akmal Nor Hasrin dalam acara berpasukan yang meraih tiket ke Olimpik selepas menduduki tangga ketiga pada Kejohanan Kelayakan Olimpik di Antalya, Turki, Mei lalu.

Ketika ditanya mengenai persiapan menyambut Aidilfitri, Hazif berkata, beliau tidak berpeluang meraikannya bersama keluarga tercinta kerana mengikuti latihan fasa akhir di Korea Selatan pada 2 hingga 20 Julai ini sebelum berlepas ke Rio.

"Sedih memang sedih kerana terpaksa berjauhan dengan keluarga di Hari Raya. Namun saya percaya setiap pengorbanan yang dilakukan pasti akan membuahkan hasil," katanya.

Menurut Haziq, latihan persediaan di Kelab Memanah Kolon, Korea Selatan selama dua minggu itu amat penting dalam memantapkan persembahan trio memanah negara di Rio nanti.

"Latihan fasa akhir ini amat penting. Inilah peluang kami untuk menimba ilmu dengan berlatih bersama pemanah Korea yang dianggap sebagai pencabar utama pada temasya tersebut," katanya.

Skuad memanah negara akan kembali ke tanah air pada 21 Julai sebelum berlepas ke Brazil tiga hari kemudian bagi latihan penyesuaian di venue pertandingan.

Sukan Olimpik Rio akan bermula 5 hingga 21 Ogos ini.

Justeru beliau tidak mahu perasaan itu menghantuinya semula pada aksi di Rio dalam tempoh kurang sebulan dari sekarang.
Justeru beliau tidak mahu perasaan itu menghantuinya semula pada aksi di Rio dalam tempoh kurang sebulan dari sekarang.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan