Tiada Kem Latihan Pusat Sebelum Ke Rio - MOM

Diterbitkan: Sabtu, 25 Jun 2016 10:57 PM

Beng Choo (kiri) berucap ketika majlis Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan 2016- 2018 Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) pada Sabtu. Turut hadir Presiden SAM, Ahmad Khawari Isa (dua, kiri).Foto:Bernama

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kem latihan pusat akhir tidak akan diadakan untuk kontinjen negara sebelum menyertai Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil, Ogos ini.

Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Low Beng Choo berkata ia kerana beberapa atlet Olimpik negara kini mengikuti latihan persediaan fasa akhir di luar negara.

Bagaimanapun, katanya,  MOM akan mengadakan taklimat kepada semua pengurus pasukan mengenai wabak virus Zika serta langkah keselamatan atlet dan pegawai semasa temasya sukan berlangsung dari 5 hingga 21 Ogos ini.

"Saya difahamkan pasukan terjun akan menjalani latihan di China sebelum ke Rio de Janeiro selain pasukan badminton juga dikatakan akan bergerak awal ke sana untuk menyesuaikan diri dengan cuaca serta makanan di sana.

"Pasukan pelayaran dijangka menjadi pasukan pertama tiba di Brazil bagi mengikuti latihan fasa akhir di sana," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan, Persatuan Penulis-penulis Sukan Malaysia(SAM) di sini, Isnin.

Jalur Gemilang kepadakontinjen negara ke Sukan Olimpik Rio dirancang pada 28 Julai ini.

Untuk rekod, sejumlah 26 atlet negara layak secara merit ke Sukan Olimpik Rio.

Mereka adalah Khairul Anuar Mohamad, Haziq Kamaruddin dan Akmal Nor Hasrin (memanah); Mohd Azizulhasni Awang dan Fatehah Mustapa (basikal trek); Ooi Tze Liang, Ahmad Amsyar Azman, Cheong Jun Hoong, Nur Dhabitah Sabri, Pandelela Rinong, Ng Yan Yee (terjun); Khairulnizam Mohd Affendy dan Nur Shazrin Latiff (pelayaran) Johnathan Wong Guanjie (menembak); Welson Sim (akuatik); Nauraj Singh (olahraga); Heidi Gan (renang marathon) dan Mohd Hafifi Mansor dalam acara angkat berat.

Barisan pemain badminton ialah Datuk Lee Chong Wei, Goh V Shem, Tan Wee Kiong, Chan Peng Soon, Goh Liu Ying, Tee Jing Yi, Vivian Hoo dan Woon Khe Wei. -Bernama

Tags / Kata Kunci: MOM , Latihan Pusat , Sukan Olimpik

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan