Pemilihan MOM 2017 Ditangguh Setahun - Tunku Imran

Diterbitkan: Sabtu, 25 Jun 2016 5:11 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR:  Pemilihan Lembaga Eksekutif Majlis Olimpik Malaysia (MOM), yang dijadual pada tahun depan, ditangguh selama setahun, demikian diumumkan oleh presidennya, Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja'afar.

Menurutnya penangguhan tarikh pemilihan itu bagi memastikan MOM mempunyai masa yang cukup bagi persediaan menganjurkan Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 serta persiapaan menghadapi Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast, Australia.

Keputusan sebulat suara itu dicapai pada Perhimpunan Agung Tahunan MOM ke-35, yang dihadiri oleh 32 persatuan sukan kebangsaan, di sini pada Khamis.

Hanya tiga persatuan sukan kebangsaan, yang menjadi ahli MOM, tidak menghadiri perhimpunan itu.

Tunku Imran berkata pemilihan yang dijadual pada Jun tahun depan kini ditangguh sehingga selesai Sukan Olimpik Musim Sejuk 2018 di Pyeong Chang, Korea Selatan pada bulan Februari dan Sukan Komanwel 2018 pada April.

Di samping itu, kita mahu mengkaji pindaan perlembagaan MOM, katanya pada sidang media selepas perhimpunan itu.

Antara cadangan pindaan ialah penggal pemilihan MOM dilanjutkan dari duatahun kepada empat tahun sekali dengan pemilihan diadakan setahun selepas Sukan Olimpik, had tempoh pegawai, umur dan kriteria menjadi ahli lembaga.

"Ini selaras dengan amalan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) danJawatankuasa Olimpik Kebangsaan lain," katanya. Tunku Imran turut mengulangi bahawa beliau tidak akan mempertahankan jawatan presiden selepas penggal 2015-2017.

Sekiranya pindaan kepada pemilihan empat tahun sekali dilaksanakan, maka penggal MOM seterusnya bermula 2018 hingga 2021, selaras dengan pemilihan IOC iaitu setahun selepas Sukan Olimpik, katanya.

Mengenai cadangan Malaysia menjadi tuan rumah bagi temasya Sukan Sea ke-29 dan Sukan Para Asean (APG) 2017 secara serentak dari 19 hingga 31 Ogos tahun depan, Tunku Imran berkata ia akan diputuskan pada mesyuarat Persekutuan Sukan Sea (SEAGF), 14 Julai ini.

"Kita dapat menjimatkan banyak kos seperti majlis perasmian dan penutupandiadakan sekali. Saya tiada halangan jika ia dapat dilaksanakan tanpa menjejas kelancaran temasya Sukan SEA," katanya yang juga presiden SEAGF.

"Kami dalam SEAGF dan saya selaku presiden amat jelas bahawa Sukan Sea adalah keutamaan kami dan waktu siaran perdana bagi sukan itu adalah hak kami,"katanya. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Pemilihan MO , Sukan Sea 2017 , Tunku Imran

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan