Layak Ke Rio, Hadiah Kepada Arwah Bapa - Khairul Anwar

Diterbitkan: Rabu, 22 Jun 2016 4:45 PM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Atlet memanah negara, Khairul Anuar Mohamad ingin menghadiahkan kejayaan meraih kelayakan ke Sukan Olimpik kepada arwah bapanya yang meninggal dunia awal bulan ini.

Khairul Anuar yang membantu pasukan recurve lelaki negara menempah tiket ke Rio de Janeiro, selepas menduduki tangga ketiga pada Siri Piala Dunia Ketiga di Antalya, Turki, Khamis lalu berkata, ia adalah hasrat ayahnya, Mohamad Said, 60 yang meninggal dunia akibat komplikasi hati.

"Saya ingat kata-kata terakhirnya...arwah ayah sebenarya nak tengok pasukan memanah Malaysia layak, bukan untuk acara individu saya sahaja. Jadi, ini hadiah kepada dia," katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, selepas tiba dari Turki pada Selasa.

Skuad recurve negara yang terdiri daripada Khairul Anuar, Haziq Kamaruddin dan Muhammad Ikram Joni meraih slot Olimpik selepas menewaskan pasukan Jerman dengan keputusan 6-2 dalam penentuan tempat ketiga, setelah kecundang 0-6 pada aksi separuh akhir kepada Indonesia.

Hanya tiga pasukan terbaik pada siri itu layak ke Sukan Olimpik di Riode Janeiro, Brazil, bermula 5 hingga 21 Ogos ini dan ia merupakan medan terakhir buat skuad negara untuk layak ke Olimpik dalam acara berpasukan.   

Sebelum ini, Khairul Anuar layak dalam acara individu selepas memenangipingat emas pada Kejohanan Asia di Bangkok, November lepas.

Khairul Anuar berkata walaupun tertekan selepas menerima cabaran sengit daripasukan-pasukan seperti India dan Ukraine, trio negara mampu mempamerkan aksi baik dengan semangat juang yang tinggi dan sokongan daripada anggota pasukan.

"Selepas ini kita akan teruskan latihan untuk teruskan rentak pasukan yangada sehingga ke Olimpik. Kami perlu fokus untuk memperbaiki pemasaan panahan kerana sebelum ini pemasaan lari sikit," katanya.

Sementara itu, jurulatih memanah kebangsaan, Lee Jae-Hyung berkata pihaknya akan mencari formula terbaik untuk persiapan dan latihan sebelum bertolak ke Rio pada hujung bulan hadapan.

"Kita ada dalam sebulan setengah lagi untuk persediaan. Kita cuba bincang untuk kita punya kaedah latihan dan tempat latihan kita selepas ini.

"Sasaran di Rio memang sukar nak cakap kerana kesemua negara yang bertanding memang cukup hebat dan inginkan kemenangan," kata jurulatih dari Korea Selatanitu yang fasih berbahasa Melayu. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Khairul Anuar Mohamad , Sukan Olimpik , Rio

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan