Thailand Tambah Koleksi Pingat Gangsa Sukan Olimpik 2012 - Sukan Ekstra | mStar

Thailand Tambah Koleksi Pingat Gangsa Sukan Olimpik 2012

Diterbitkan: Jumaat, 17 Jun 2016 5:15 PM

(Ubah saiz teks)

BANGKOK: Thailand mendapat satu lagi pingat gangsa daripada temasya Sukan Olimpik London 2012 apabila atlet wanita angkat berat Ukraine yang memenangi pingat tersebut gagal dalam ujian doping.

Naib Presiden Persekutuan Angkat Berat Antarabangsa (IWF), Mej. Jen Intarat Yodbangtoey berkata susulan pembatalan keputusan Yuliana Kalina maka pingat tersebut diberikan kepada atlet Thailand, Siripuch Kulnoi, yang menduduki tempat keempat dalam acara 58kg itu.

Yuliana, yang digantung, adalah antara 10 atlet dari Rusia dan negara-negara bekas jajahan Soviet Union yang gagal dalam ujian doping, katanya pada media tempatan, di sini hKhamis.

Berikutan tambahan pingat itu, Thailand mencatatkan dua pingat perak dan dua gangsa pada temasya sukan berprestij itu.

Intarat berkata keputusan IWF itu akan dimaklumkan kepada Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) minggu depan. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Sukan Olimpik 2012 , Gangsa , Thailand
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan