Terjun: Impian Ahmad Amsyar Ke Olimpik Jadi kenyataan

Diterbitkan: Khamis, 16 Jun 2016 10:23 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Impian penerjun negara, Ahmad Amsyar Azman untuk beraksi pada Sukan Olimpik Rio 2016 kembali bersinar selepas Persatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM) menyenaraikannya dalam acara 3m papan anjal individu.

Setiausaha Kehormat ASUM, Mae Chen berkata Ahmad Amsyar dipilih oleh jurulatih berdasarkan kekuatannya dalam acara tersebut manakala Ooi Tze Liang akan menumpukan perhatian dalam acara 10m platform.

Sebelum ini, Tze Liang menempah satu slot Olimpik untuk Malaysia masing-masing dalam acara 3m papan anjal dan 10m platform pada Kejohanan Terjun Piala Asia di Kuala Lumpur tahun lepas.

Bagaimanapun, Ahmad Amsyar menghuni tangga ke-24 dalam acara 3m papan anjal individu pada Kejohanan Piala Dunia 2016 di Rio de Janeiro, Februari lepas, sekali gus terlepas dalam kelompok 18 terbaik layak secara automatik ke temasya sukan berprestij itu pada Ogos ini.

"Kami rasa Tze Liang akan melakukan terbaik dala m acara 10m platform selepas baru pulih sepenuhnya daripada kecederaan tulang kering manakala kekuatan kaki menjadi penentu Ahmad Amsyar dalam acara 3m papan anjal," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa Ketua Kontinjen Malaysia ke Olimpik Rio, Tan Sri Mohamed Al Amin Abdul Majid mengadakan lawatan meninjau persiapan kem latihan aquatik di Pusat Kecemerlangan Paralimpik di Kampung Pandan, Khamis.

Mae berkata, ASUM telah mengemukakan nama Ahmad Amsyar kepada Persekutuan Renang Antarabangsa (FINA) semalam menerusi Majlis Olimpik Malaysia (MOM).

Malaysia menempah tiga slot Olimpik pada Piala Dunia menerusi Pandelela Rinong-Cheong Jun Hoong (10m platform seirama), Jun Hoong-Nur Dhabitah Sabri (3m papan anjal seirama) dan Jun Hoong dalam acara 3m papan anjal individu wanita.

Penerjun wanita negara meraih tiga slot individu menerusi Wendy Ng (3m papan anjal), Nur Dhabitah dan Pandelela dalam acara 10m platform.

Sebagai rekod, selain badminton, acara terjun menyumbang pingat pertama Olimpik iaitu gangsa menerusi Pandelela dalam acara 10m platform pada edisi 2012 di London.-Bernama

Tags / Kata Kunci: ASUM , Ahmad Amsyar , Sukan Olimpik , Terjun

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan