14,000 Sertai Solat Jenazah Muhammad Ali

Diterbitkan: Jumaat, 10 Jun 2016 11:00 AM

(Ubah saiz teks)

LOUISVILLE: Solat jenazah legenda tinju dunia, Muhammad Ali pada Jumaat disertai ribuan orang ramai di kampung halamannya di Louisville, Kentucky.

Dianggarkan lebih 14,000 orang mewakili pelbagai agama dan kaum menyertai solat jenazah itu sebelum upacara pengebumiannya.

Ali, juara tiga kali tinju heavyweight dunia yang terkenal sebagai ahli sukan dengan kelincahannya di dalam dan luar gelanggang, sebagai aktivis politik dan pejuang hak asasi manusia, meninggal dunia Jumaat lalu di hospital Arizona.

Beliau meninggal dunia pada usia 74 tahun.

Tokoh pendidik Muslim di University of Southern California, Sherman Jackson menyifatkan pemergian Ali sebagai satu kehilangan besar kepada dunia.

"Pemergiannya meninggalkan orang ramai kesunyian di dunia.


"Sesuatu yang kukuh, sesuatu yang besar, indah dan kekuatan hidup sudah tertinggal di dunia ini," kata Sherman.

Beliau berkata Ali seorang yang cekal kerana tidak pernah menyerah kalah lebih tiga tahun di tengah kemuncak kariernya ketika enggan menyertai khidmat tentera Amerika Syarikat (AS) di Perang Vietnam.

Sherman memuji Ali kerana bertanggungjawab mempertahankan maruah kaum kulit hitam semasa dan selepas revolusi hak awam pada 1960-an.

Ali begitu dikagumi kerana berjaya menjadikan Islam lebih diterima di AS.

Malah beliau menjadikan orang Islam di negara itu sebagai pejuang yang sama kedudukannya dengan warga Amerika lain.

Pengasas kepada Sekolah Muslim Liberal di Zaytuna College, Berkeley, California, Imam Zaid Shakir, mengetuai solat jenazah dengan laungan bergema"Allahu Akbar".

Jenazah Ali diselimuti kain warna hitam dan emas.


Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dalam akaun Facebooknya pada Khamis yang disiarkan secara langsung dari Rumah Putih mengucapkan takziah sambil memegang senaskhah buku, "GOAT: A Tribute to Muhammad Ali," dan menandatangani sepasang sarung tangan tinju yang diberikan oleh Ali kepadanya.

"Adalah amat jarang sekali seorang tokoh mencetuskan satu imaginasi kepada seluruh dunia. Dia adalah antara salah seorang dan dalam buku saya ini dialah sentiasa yang terhebat," kata Obama.

Ali dijangka dikebumikan lewat petang Jumaat selepas satu upacara penghormatan awam yang berlangsung di KFC Yum Center.

Majlis pengebumian Ali dijangka turut dihadiri bekas Presiden AS, Bill Clinton, Presiden Turki, Tayyip Erdogan dan pelawat terkenal, Billy Crystal.

Mereka yang turut memberikan penghormatan terakhir ialah pejuang hak asasi AS, Jesse Jackson dan penyanyi Yusuf Islam, yang sebelum ini dikenali sebagai Cat Stevens.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan