Jurulatih Pecut Bangga Kejayaan Khairul Hafiz

Diterbitkan: Rabu, 8 Jun 2016 10:57 AM

Khairul Hafiz Jantan.

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Jurulatih pecut Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI), Mohd Poad Md Kassim berbangga dengan pencapaian luar biasa dicatat anak didiknya, Khairul Hafiz Jantan pada Kejohanan Olahraga Remaja Asia ke-17 di Vietnam yang berakhir pada Isnin.

Beliau menyifatkan kejayaan Khairul Hafiz yang meraih satu pingat emas dalam acara 100 meter dan dua perak, masing-masing dalam acara 200 meter dan 4x100 meter berganti-ganti merupakan satu pencapaian di luar jangkaannya.

"Keseluruhanya saya berpuashati...pada asalnya, saya hanya menyasarkan acara berganti-ganti akan mendapat pingat tapi Khairul Hafiz (Jantan) telah membuktikan kehebatannya di peringkat remaja Asia,"katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita setibanya skuad olahraga remaja negara di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini, malam Selasa.

Dalam pada itu, Mohd Poad meminta segelintir pihak supaya tidak mempertikaikan keputusan anak didiknya yang mengesahkan akan menyertai Sukan Malaysia (Sukma) di Sarawak berbanding Kejohanan Remaja Dunia di Poland walaupun kedua-dua kejohanan berkenaan dijadual berlangsung Julai ini.

Beliau menjelaskan adalah tidak wajar memaksa seseorang atlet menyertai sesebuah kejohanan kerana ia hanya akan menjejaskan tumpuan mereka dalam memberikan aksi terbaik di dalam pertandingan itu.

"Kalau atlet berkenaan rasa seronok berlari di Sukma, saya sokong dan jika atlet berkenaan merasakan mereka lebih suka beraksi di Poland, saya juga akan menyokong, tiada halangan daripada saya.

"Sebelum ini pun, saya sudah mengadakan perbincangan dengan beberapa atlet (di bawah kendalian saya) dan rata-rata daripada mereka mahu beraksi di Sukma berbanding Kejohanan Remaja Dunia," katanya sambil berkeyakinan Khairul Hafiz mampu memecahkan rekod kebangsaan acara 200 meter pada Sukma nanti.

Untuk rekod, Khairul Hafiz mencatat masa 21.13 saat pada Kejohanan Remaja Asia namun catatan berkenaan masih jauh daripada rekod kebangsaan dipegang bekas pelari pecut kebangsaan, Tan Sri Dr M. Jegathesan iaitu 20.92 saat yang dicatat pada separuh akhir acara 200 meter pada Sukan Olimpik 1968 di Mexico.

Dalam perkembangan berasingan, Mohd Poad mendedahkan beliau akan membawa atlet di bawah kendaliannya menyertai Kejohanan Olahraga Terbuka Hong Kong, 25 Jun ini sebagai medan persiapan menghadapi Sukma dan beberapa kejohanan lain.

Antaranya ialah Khairul Hafiz, Badrul Hisyam selain Asnawi Hashim dan Muhammad Haiqal Hanafi dalam acara 4x100 meter. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: jurulatih pecut , Khairul Hafiz

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan