Fatehah Tak Lupa Pengalaman 'Puasa' Dua Hari Selepas Olimpik London

Diterbitkan: Selasa, 7 Jun 2016 8:00 AM

Fatehah Mustapa.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Walaupun sudah sembilan tahun meraikan Ramadan di perantauan, namun bagi jaguh lumba basikal negara, Fatehah Mustapa sukar dilupakan pengalaman 'berpuasa' dua hari kerana melalui perjalanan pulang ke tanahair selepas menyertai Sukan Olimpik London empat tahun lalu.

Ketika itu, Fatehah dalam penerbangan pulang ke Kuala Lumpur bersama rakannya Azizul Hasni Awang yang popular dengan jolokan 'the poket roket man'.

"Kenangan ini tak boleh dilupakan, sentiasa terpahat di ingatan sampai bila-bila. Kami berdua terpaksa berpuasa 'dua hari' sebab tak sempat nak sahur dalam pesawat.

"Naik je pesawat waktu sahur dah habis. Memang lapar sangat-sangat, hanya Allah je tahu bagaimana perasaan kami. Sebaik sahaja sampai di Kuala Lumpur baharulah kami dapat makan," katanya kepada mStar Online.


Fatehah bersama dengan rakan sepasukan, Azizulhasni.

Anak kelahiran Terengganu ini antara atlet yang akan mewakili negara pada Sukan Olimpik, Rio menerusi acara pecut individu pada Ogos ini.

Beliau melayakkan diri selepas meraih tiket pelumba kedua terbaik dari benu Asia di belakang pelumba Hong Kong, Lee Wai Sze dalam ranking kelayakan Olimpik, Rio.

Bagi Fatehah, tahun ini juga dia akan menjalani ibadah puasa di Melbourne, Australia, yang juga kem latihan bagi atlet elit berbasikal negara.

Memandangkan sekarang baharu sahaja memasuki musim sejuk, Fatehah berkata, beliau tidak menghadapi sebarang masalah untuk melaksanakan kewajipan tersebut kerana sudah lali dengan keadaan cuaca sebegini.

Jelas pelumba berusia 27 tahun itu, tempoh berpuasa di Melbourne juga lebih pendek jika dibandingkan dengan Malaysia.

"Insya-Allah tiada masalah kerana tahun sebelum ini pun okey sahaja. Lagipun tempoh berpuasa lebih pendek dan tidak begitu dirasai.

"Latihan pada musim sejuk ada cabaran tersendiri tetapi menariknya di sini selepas habis latihan kami dah boleh berbuka puasa, kira-kira pukul 5 petang," katanya.

Untuk kekal sihat dan bertenaga sepanjang Ramadan, Fatehah berkata, beliau mengamalkan memakan tiga biji kurma setiap hari bersama bijiran yang dicampur dengan pisang dan serbuk protein.

"Bukan sahaja mudah dan cepat disediakan, makanan itu dapat membantu saya bertahan sehingga waktu berbuka.

"Lagipun ia menu yang sesuai kerana saya kena jaga pemakanan untuk sentiasa kekal cergas," katanya.

Fatehah berkata, kebiasaannya beliau akan bersahur pada pukul 4.30 pagi dan bersiap untuk pergi menjalani latihan di gimnasium pada sebelah pagi.

Tambahnya, sepanjang Ramadan ini latihan tetap berjalan seperti biasa, bermula di gimnasium seawal pukul 5.30 pagi diikuti latihan trek selama tiga jam pada sebelah petang.

"Tiada perubahan, latihan masih sama, jadi persediaan mental kena kuat. Namun ia tidak menjadi penghalang kepada saya untuk melaksanakan kewajipan ini," katanya.


iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan