Khairul Hafiz Peroleh Emas Di Kejohanan Junior Asia

Diterbitkan: Ahad, 5 Jun 2016 9:13 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelari pecut muda negara, Khairul Hafiz Jantan melakukan pecutan bersejarah apabila memperoleh pingat emas di Kejohanan Olahraga Junior Asia ke-17 di Stadium Thong Nhat, Vietnam pada Sabtu.

Pelari berusia 19 tahun itu mencecah garisan penamat dalam acara 100 meter dengan masa 10.30 saat, hanya 0.01 saat daripada rekod kebangsaan yang dicipta oleh bekas jaguh pecut negara, Watson Nyambek pada tahun 1998.

Ippei Takada dari Jepun dan Abdullah Abkar Mohammed dari Arab Saudi masing-masing terpaksa berpuas hati dengan perak dan gangsa selepas mencatat masa 10.41 dan 10.45 saat. 

Seorang lagi pelari pecut Malaysia, Badrul Hisham Abdul Manap hanya mampu mendapat tempat kelima dengan masa 10.54 saat.

Untuk rekod, Khairul Hafiz adalah atlet kedua Malaysia memenangi pingat emas dalam kejohanan dwitahunan itu selepas Siti Nor Atiqah Abdul Razak memenangi pingat emas menerusi acara 400 meter wanita, dua tahun lepas. -- Bernama

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan