Ramadan Tidak Halang Pemain Kriket Antarabangsa Beraksi

Diterbitkan: Sabtu, 4 Jun 2016 7:00 AM

Imran Tahir

(Ubah saiz teks)

NEW DELHI: Apabila tibanya Ramadan, Imran Tahir akan mula mengimbangi tuntutan agama sebagai seorang muslim dan kerjayanya sebagai pemain kriket profesional bertaraf antarabangsa.

"Saya tidak fikir ia adalah sukar untuk mengimbangi antara kerjaya sukan profesional dan tahap iman anda.

"Ia akan menjadi sangat mudah jika anda ikut jalan yang benar," tegas leg-spinner Afrika Selatan itu dalam temu bual dengan AFP.

Sebagai salah seorang spinner terkenal dunia, Imran yang dilahirkan di Pakistan telah bermain sebanyak lebih daripada 100 perlawanan untuk Proteas sejak membuat debut antarabangsa pada tahun 2011.

Beliau menjadi warganegara Afrika Selatan melalui perkahwinan.

Ketika bersama pasukan asalnya dari Pakistan, beliau dan pasukan itu kerap berdoa bersama-sama di atas padang semasa perlawanan antarabangsa.

Imran adalah salah seorang daripada lima penganut Islam yang telah dipilih untuk menyertai skuad Afrika Selatan dalam siri ODI tiga negara dengan Hindia Barat dan Australia di Caribbean yang bermula pada Jumaat dan berlangsung sehingga 26 Jun.

Tags / Kata Kunci: Imran Tahir

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan