OCM Bakal Umum Pembawa Jalur Gemilang Di Olimpik Khamis Ini

Diterbitkan: Selasa, 31 Mei 2016 3:23 PM

Pandelela (depan) ketika membawa Jalur Gemilang pada Sukan Olimpik 2012.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Majlis Olimpik Malaysia (OCM) dijangka mengumumkan pembawa Jalur Gemilang pada Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil pada Khamis ini.

Presidennya Tan Sri Tunku Imran Tuanku Jaafar berkata anggota lembaga OCM akan bermesyuarat untuk membincangkan siapa calon terbaiknya.

Pemenang pingat perak dua kali Olimpik, Datuk Lee Chong Wei dilihat sebagai calon paling layak untuk memikul tugas tersebut.

Pada Sukan Olimpik London 2012, tugas itu dilakukan penerjun wanita Pandelela Rinong Pamg.

"Kita belum membuat keputusan. Namun saya fikir setiap orang boleh membuat jangkaan siapakah atlet berkenaan. Kita akan mengadakan mesyuarat lembaga Khamis ini yang antara agendanya ialah mengenai pembawa bendera.

"Kebanyakan atlet sedang berlatih di luar negara, jadi kita akan umumkan secepat mungkin," kata Tunku Imran kepada pemberita.

Seramai 22 atlet layak ke Rio de Janeiro berdasarkan merit iaitu Khairul Anuar Mohamad (memanah); Mohd Azizulhasni Awang dan Fatehah Mustapa (berbasikal); Ooi Tze Liang, Cheong Jun Hoong, Nur Dhabitah Sabri, Pandelela Rinong Pamg dan Ng Yan Yee (terjun).

Khairulnizam Mohd Affendy dan Nur Shazrin Latiff (pelayaran); Johnathan Wong Guanjie (menembak); Welson Sim (renang); Nauraj Singh (olahraga) dan Mohd Hafifi Mansor (angkat berat).

Lee Chong Wei, Goh V Shem, Tan Wee Kiong, Chan Peng Soon, Goh Liu Ying, Tee Jing Yi, Vivian Hoo dan Woon Khe Wei (badminton). Kejohanan akan berlangsung dari 5-21 Ogos.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: OCM , Olimpik , Jalur Gemilang

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan