Terengganu Juara Piala Tun Razak

Diterbitkan: Isnin, 30 Mei 2016 7:15 AM

JOHAN... Pasukan hoki Terengganu meraikan kejayaan muncul juara TNB Tun Abdul Razak Cup 2016 selepas menewaskan pasukan Polis Diraja Malaysia pada perlawanan akhir di Stadium Hoki Bukit Jalil. 
-fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dua jaringan Faizal Shaari serta Akhimullah Anuar Esook membolehkan Terengganu muncul juara Divisyen 1 Piala Tun Razak, selepas menundukkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) 3-0 di Stadium Hoki Nasional, di sini.

Selepas PDRM, pasukan yang baru masuk ke saingan Divisyen 1, berjaya mengikat kedudukan 0-0 sehingga waktu rehat, segalanya berubah sebaik Faizal menemui sentuhan jaringannya bermula dengan gol hasil pukulan sudut penalti minit ke-41.

Faizal kemudian mengukuhkan kedudukan menerusi gol padang 11 minit selepas itu sebelum Muhd Akhimullah Anuar Esook menguburkan impian PDRM dengan jaringan ketiga Terengganu, lima minit kemudian.

"Sudah tentu saya gembira dengan kemenangan ini tapi yang lebih membanggakan ialah dua gol Terengganu adalah melalui gol padang.

"Pada separuh masa pertama, dua-dua pasukan bermain dengan sangat berhati-hati tapi selepas gol pertama Faizal, baru kita nampak peluang semakin terbuka untuk menang.

"Kami juga mula memberi tekanan kepada lawan. Saya rasa kerja keras dan kesungguhan pemain yang mengikut arahan memastikan kemenangan kami malam ini," kata jurulatih Terengganu, Sarjit Singh.

Ini merupakan kali kedua Terengganu muncul juara kejohanan ini selepas kali pertama pada 2012.

Kemenangan itu juga meleburkan impian jurulatih PDRM, Gurmeet Singh mencuri tumpuan daripada Sarjit kerana sebelum ini beliau adalah penolong jurulatih skuad kebangsaan ketika ia dikendalikan pengendali Terengganu itu.

Sebagai juara, Terengganu menerima hadiah wang tunai RM10,000, piala dan pingat manakala PDRM menerima wang tunai berjumlah RM7,000 dan pingat.

Sementara itu, dalam perlawanan akhir Divisyen 2, Pulau Pinang menang 3-2 ke atas Perlis melalui aksi penentuan penalti shoot-out selepas terikat 4-4.

Tiga gol Pulau Pinang diperoleh menerusi Muhammad Azrul Hasbullah, Izwan Firdaus Ahmad Tajuddin dan Muhammad Rashid Baharom manakala Muhammad Najmi Farizal Jazlan dan Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abd Jalil menyempurnakannya untuk Perlis.

Dalam kategori wanita pula, pasukan Pahang muncul juara selepas menang 4-0 ke atas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melalui gol yang dihasilkan Nuraini Abdul Rashid (m22, 47), Noorain Mohd Arshad (m23) dan Wan Nor Faiezah Md Saiuti (m40).

Senarai Penerima Anugerah Piala Tun Razak 2016:

Lelaki:

Divisyen 1:

Anugerah Fairplay: Johor
Pemain Terbaik Perlawanan Akhir: Faizal Saari (Terengganu)
Penjaga Gol Terbaik: Zaidi Ibrahim (PDRM)
Penjaring Gol Terbanyak: Faizal Saari (Terengganu)
Pemain Terbaik: Mohd Razie Abd Rahim (PDRM)


Divisyen 2:

Anugerah Fairplay: Sarawak
Pemain Terbaik Perlawanan Akhir: Izwan Firdaus Ahmad Tajuddin (Pulau Pinang)
Penjaga Gol Terbaik: Mohammad Adi Falri Abdul Rahman (Pulau Pinang)
Penjaring Gol Terbanyak: Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abd Jalil (Perlis)  and  Izwan Firdaus Ahmad Tajuddin (Pulau Pinang)
Pemain Terbaik: Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abd Jalil (Perlis)


Wanita:

Anugerah Fairplay: Pulau Pinang
Pemain Terbaik Perlawanan Akhir: Nuraini Abdul Rashid (Pahang)
Penjaga Gol Terbaik: Noortasya Hidayah Mohd Azlan (Selangor)
Penjaring Gol Terbanyak: Suhaila Sata (Sarawak)
Pemain Terbaik: Wan Nor Faiezah Md Saiuti (Pahang)

Tags / Kata Kunci: Hoki , Piala Tun Razak

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan