Shaaban Mahu Wujudkan Akademi Golf Remaja

Diterbitkan: Isnin, 30 Mei 2016 8:39 PM

Shaaban Hussin.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Selepas dua bulan terbabit dalam kemalangan menyebabkan kaki kirinya terpaksa dipotong, pemain golf negara Shaaban Hussin masih bersemangat dan bersedia kembali ke arena sukan itu dengan mewujudkan sebuah akademi golf remaja.

Shaaban yang pertama kali bertemu media selepas kemalangan pada 31 Mac itu,  berkata beliau merancang mewujudkan akademi tersebut bagi membantu pemain muda yang berminat belajar secara mendalam mengenai sukan berkenaan.

"Perancangan saya adalah untuk cuba bermain golf selepas ini...hidup mati saya cuma dengan golf. Impian saya hendak ada akademi golf untuk mengajar mereka mengenal golf secara mendalam.

"Bagi saya, nak main golf sudah tidak mahal sekarang. Peralatan golf sudah ada yang murah, untuk guna padang golf pun sudah tidak perlu jadi ahli kelab," katanya yang kelihatan sangat positif dan bersemangat, hari ini.

Shaaban, 36, yang kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL), terlibat dalam kemalangan ketika menunggang motosikal berkuasa tinggi dan terbabas semasa cuba mengelak sebuah kereta yang berhenti di tepi Lebuhraya Guthrie pada 31 Mac.

Akibat kemalangan tersebut, juara Kejohanan PGM Sime Darby Harvard 2016 itu cedera di tangan kiri, manakala kaki kirinya yang cedera teruk tidak dapat diselamatkan dan terpaksa dipotong.

Beliau berkata tangan kirinya masih belum stabil dan terpaksa dimasukkan wayar untuk 'memegang' tulangnya daripada terkesan apabila bergerak.

Shaaban berkata musibah menimpa dirinya itu tidak pernah melunturkan semangatnya untuk terus menjalani kehidupan seperti biasa dan banyak menyedarkan beliau bahawa keadaannya tidak terlalu teruk jika dibandingkan orang lain.

"Ini musibah yang kita tidak minta berlaku. Pada mulanya memang saya tidak boleh terima tetapi selepas saya sedar dan tengok orang lain di hospital, saya rasa orang lain lagi teruk.

"Bagi saya, tidak perlu mengeluh. Apa yang penting saya akan terus mencuba naikkan semangat saya kembali. Apa yang terjadi ini menyedarkan saya bahawa kita perlu sentiasa bersyukur dan reda," katanya.

Shaaban yang dijangka keluar dari HKL dalam masa tiga hari lagi, dibenarkan oleh doktor untuk berehat di rumah selama seminggu sebelum meneruskan rawatan  di Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC).

Shaaban turut berterima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan kakitangan HKL kerana banyak memberikannya semangat untuk sentiasa berfikiran positif.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Profesional Golf Malaysia (PGM) Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid yang turut melawat Shaaban, percaya dengan sikap positif yang ditunjukkan Shaaban, peluangnya dalam sukan golf masih cerah.

"Masa depan Shaaban masih cerah...bergantung kepada kesungguhan dan keinginan beliau untuk terus berkecimpung dalam golf. PGM sentiasa memantau keadaan dia, dan kalau dia memerlukan bantuan, kita boleh bantu," katanya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Shaaban Hussin , pemain golf , kemalangan

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan