MOM Minta Kaji Kebimbangan 150 Saintis Tentang Virus Zika

Diterbitkan: Ahad, 29 Mei 2016 9:03 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Semua pihak yang terlibat dalam persiapan atlet negara ke Sukan Olimpik perlu mengkaji kenyataan 150 saintis yang menyarankan temasya berprestij di dunia itu dipindahkan dari Rio de Janeiro atau ditangguhkan penganjurannya berikutan virus Zika.

Naib Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Mohd Nazifuddin Mohd Najib berkata MOM memandang serius perkara itu memandangkan tempoh berlangsungnya temasya itu adalah 68 hari lagi.

"Bagi saya, menunda penyertaan atlet negara ke Sukan Olimpik adalah keputusan yang sukar...kita tunggu keputusan Majlis Olimpik negara-negara lain (berkenaan virus zika).

"Bagi pihak MOM, kami perlu mengkaji dengan teliti kenyataan saintis-saintis ini. Mungkin ada isu sebaliknya yang kita tidak tahu. Saya harap agensi terlibat dapat teliti maklumat saintis berkenaan," katanya selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang Kejohanan Floorball Sekolah-sekolah Malaysia di Dewan Serbaguna Pusat Sukan Universiti Malaya (UM) di sini, Ahad.

Semalam, seramai 150 saintis, doktor dan pejuang etika perubatan antarabangsa menulis surat terbuka kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk meminta supaya sukan paling berprestij di dunia itu dipindahkan dari Rio de Janeiro atau ditangguhkan penganjurannya akibat virus itu.

Sehingga kini, seramai 22 atlet negara layak secara merit ke temasya itu  iaitu Khairul Anuar Mohamad (Memanah), Mohd Azizulhasni Awang dan Fatehah Mustapa (Berbasikal), Ooi Tze Liang, Cheong Joon Hong, Nur Dhabitah Sabri, Pandelela Rinong dan Wendy Ng Yan Yee (Terjun).

Turut layak ialah Khairulnizamn Mohd Affendy dan Nur Shazrin Latiff (Pelayaran) Johnathan Wong Guanjie (Menembak), Welson Sim (Renang), Nauraj Singh (olahraga) dan Mohd Hafifi Mansor (angkat berat).

Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei, pasangan beregu lelaki Goh V Shem-Tan Wee Kiong, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying (beregu campuran), Tee Jing Yi (perseorangan wanita) dan Vivian Hoo-Woon Khe Wei (beregu wanita) juga layak menyertai temasya itu.

Tags / Kata Kunci: Virus Zika

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan