Piala Tun Razak: Pertemuan Guru Dan Anak Didik

Diterbitkan: Sabtu, 28 Mei 2016 1:33 PM

Sarjit Singh

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perlawanan akhir kejohanan hoki Piala Tun Razak 2016 antara Terengganu dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) esok bakal menyaksikan pertembungan pasukan didikan bekas jurulatih dan penolong jurulatih kebangsaan Sarjit Singh serta Gurmeet Singh.

Gurmeet yang pernah menjadi pembantu kepada Sarjit pada tahun 2007 hingga 2008 bakal membuktikan keupayaan masing-masing dalam menjadi 'guru' kepada kedua-dua pasukan dalam merebut gelaran juara edisi ke-54.

Sarjit ketika sidang media mengucapkan tahniah kepada Gurmeet yang telah membawa pasukannya ke final buat julung kali.

Pasukan PDRM baharu sahaja diangkat ke Divisyen 1 tahun ini dan terus mara ke final pada penyertaan pertama mereka.

"Saya berharap kami akan mempunyai perlawanan yang baik. Saya gembira kerana telah melepasi sasaran awal iaitu mara ke semi final tapi dengan kesungguhan pemain, Terengganu berjaya ke final," katanya sambil menambah Terengganu bersedia merebut kejuaraan buat kali kedua selepas kemenangan pada pada 2012.

Sarjit berkata 13 pemain Sukan Malaysia (Sukma) dalam pasukannya banyak menerima tunjuk ajar daripada lima pemain senior iaitu Faizal Saari, Muhammad Firhan Ashari, Mohd Fitri Saari, Muhammad Hafizuddin Othman dan Muhammad Shahiran Zali.

Sementara itu, Gurmeet berkata saat mengetahui mara ke final bersama pasukan didikan Sarjit menjadi pengalaman bermakna dan menggembirakan bagi mereka terutama dirinya.

Katanya berada dalam pusingan akhir Piala Tun Razak buat julung kali merupakan satu sejarah yang baru dicipta oleh pasukan PDRM.

"Pasukan Terengganu merupakan pasukan muda yang bersemangat dan penuh bertenaga, sebaliknya kami pula sebuah pasukan yang berpengalaman luas. Saya janji kami akan berikan sebuah perlawanan yang tidak akan dilupakan peminat sukan hoki negara," kata Gurmeet.

Mengulas mengenai dua pemain kebangsaan dalam pasukan PDRM iaitu Nabil Fiqri Mohd Noor dan Mohamad Razie Abd Rahim, Gurmeet berkata kehadiran mereka banyak menaikkan semangat lawan pemain sedia ada.

Tags / Kata Kunci: Hoki , Malaysia , Sukma

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan