Hoki: Faizal Sedia Kembali Ke Skuad Kebangsaan

Diterbitkan: Sabtu, 28 Mei 2016 6:48 PM

Faizal (kiri) bersama kapten PDRM, Baljit Singh bersama trofi kejuaraan menjelang aksi akhir Divisyen 1 pada Ahad.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penyerang prolifik, Faizal Saari mengakui sudah insaf dan kesal dengan kesilapannya sebelum ini dan kini tidak sabar untuk kembali menyarung jersi skuad hoki kebangsaan.

Pemain berusia 25 tahun itu, yang baru sahaja menamatkan penggantungan selama enam bulan 20 Mei lepas, berkata beliau kini bersungguh-sungguh mahu kembali semula dalam pasukan negara.

Menurutnya beliau mahu mengisi kekurangan bakat dalam skuad negara berikutan ada yang telah bersara dan berhasrat mahu membantu pasukan mencapai kedudukan ranking dunia yang lebih baik.

Faizal sebelum ini digantung enam bulan daripada menyarung jersi skuad kebangsaan kerana gagal menghadiri sesi latihan skuad negara pada Oktober tahun lepas.

"Walaupun dikenakan hukuman gantung, saya sikit pun tidak berdendam dengan pengurusan pasukan kebangsaan...penggantungan itu sedikit sebanyak telah menyedarkan kesilapan saya sebelum ini.

"Saya harap tidak ulangi kesilapan itu," kata pemain tonggak Terengganu yang layak ke final Piala Tun Razak 2016.

Terengganu akan menentang Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada final Divisyen 1 di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil di sini, Ahad.

Faizal berkata beliau sudah bersedia untuk kembali menyarung jersi negara dan berharap dapat beraksi pada Kejohanan Trofi Juara-Juara Asia di Kuantan, Oktober ini.

Bagaimanapun, katanya, sehingga kini, jurulatih mahupun pengurusan Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) belum membuka pintu untuk beliau kembali semula ke dalam skuad kebangsaan.

Mengenai tahap kecergasannya, katanya, beliau tidak pernah meninggalkan latihan dalam tempoh penggantungan, malah selalu berlatih bersama pasukan Sapura serta menjalani latihan fizikal di Institut Sukan Negara (ISN).

Mengulas pertemuan final dengan PDRM, Faizal berkata mereka tidak memandang mudah pasukan lawan itu malah menetapkan sasaran untuk merampas kembali kejuaraan yang dimenanginya pada edisi 2012. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Faizal Shaari , hoki

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan