KBS Sasar Tajaan Tunai RM30 Juta Bagi Sukan SEA 2017

Diterbitkan: Rabu, 25 Mei 2016 2:03 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyasarkan untuk mendapatkan penajaan wang tunai berjumlah RM30 juta bagi penganjuran temasya Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur.

Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata di peringkat pertama, pihaknya sudah mendapat lima penaja utama yang akan diumumkan bulan depan.

"Kami sudah dalam peringkat akhir menandatangani kontrak penajaan," katanya kepada pemberita selepas pembentangan Sports Pitch 2016, di sini, Rabu.

Pembentangan yang dihadiri syarikat-syarikat swasta tempatan dan antarabangsa itu bertujuan untuk meraih penajaan bagi aset-aset sukan negara.

Khairy menjelaskan aset-aset sukan itu termasuk atlet negara, Anugerah Sukan Negara, Hari Sukan Negara, Program Pembangunan Bola Sepak Kebangsaan, FitMalaysia dan temasya sukan berprestij seperti Sukan SEA.

"Selepas melakukan transformasi, kami bersedia menawarkan beberapa peluang penajaan kepada syarikat swasta untuk mereka masuk dan menaja program serta pembangunan sukan yang boleh membawa pulangan besar kepada mereka.

"Sebelum ini, syarikat swasta menaja atas dasar CSR (tanggungjawab sosial korporat) yang seolah-olah tidak membawa sebarang pulangan tapi sekarang terbukti dengan adanya persidangan ini, sukan adalah bisnes," katanya.

Mengulas mengenai persiapan Sukan SEA, Khairy berkata Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) akan dijadikan gelanggang acara sukan dalam dewan.

Pemilihan KLCC sebagai salah satu gelanggang adalah bagi menarik minat penduduk ibu negara yang juga peminat sukan untuk memberi sokongan kepada kontinjen negara di temasya dwi-tahunan nanti. 

Tags / Kata Kunci: KBS , Sukan SEA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan