Piala Tun Razak: Melaka Belasah Johor

Diterbitkan: Selasa, 24 Mei 2016 8:30 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Juara bertahan, Melaka mengukuhkan kedudukannya apabila memperoleh kemenangan besar, 5-1 ke atas Johor pada perlawanan kedua peringkat kumpulan A Kejohanan Hoki Piala Tun Razak, Isnin malam.

Anak didik jurulatih Melaka, Azrul Effendy Bistamam memulakan langkah kanan apabila berjaya menjaringkan dua gol padang pada separuh masa pertama melalui Muhammad Asyraf Zuhry Mahat dan Amirrullah Zainol, masing-masing pada minit ke-15 dan ke-22.

Johor yang ketinggalan 0-2 dibelakang Melaka bagaimanapun kelihatan tercabar dan akhirnya menjaringkan satu gol padang melalui Mohamad Syafiq Mohamed Zain pada minit ke-44.

Dua minit selepas Johor menjaringkan gol, sekali lagi Amirrullah menggegarkan gawang pihak lawan melalui pukulan penalti (PS) diikuti gol padang oleh Dedy Ariyadi Jumaidi pada minit ke-56 dan gol kemenangan oleh Muhammad Firdaus Omar pada minit ke-60 melalui pukulan sudut penalti (PC).

Sebagai rekod, pada perlawanan pertama pada Sabtu, Melaka menundukkan pasukan Pahang 3-1 di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, di sini.

Satu lagi perlawanan kumpulan A menyaksikan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menang tipis dengan Pahang, 4-3.

"Pemain-pemain kebangsaan seperti Baljit Singh dan Razie banyak membantu pasukan PDRM. Kehadiran mereka memberi semangat kepada pemain lain. Selepas dua perlawanan hari ini, saya yakin pasukan kami mampu berada di podium," kata jurulatih PDRM, Gurmeet Singh.

PDRM bagaimanapun ketinggalan 0-1 selepas pemain Pahang, Mohd Sabri Mohamad  menyumbat gol seawal minit ketujuh melalui PC.

Masuk babak kedua, PDRM bangkit membuktikan keupayaan mereka dengan menjaringkan dua gol pada minit ke-37 dan ke-43, masing-masing melalui PS oleh Mohamad Razie Abd Rahim dan PC daripada Baljit Singh.

Empat minit kemudian, Pahang cuba mengejar kemaraan PDRM dengan menyumbat jaringan kedua melalui Ahmad Kazamirul Nasaruddin namun Baljit Singh dan Dick Cheny Waili tangkas menggandakan gol pada minit ke-53 dan ke-55, masing-masing melalui PC dan gol padang.

Gol terakhir perlawanan malam ini adalah melalui kapten pasukan Pahang, Ismail Abu pada minit ke-59 sebelum menyaksikan kemenangan berpihak kepada PDRM.

Bagi perlawanan kumpulan B esok, pasukan Negeri Sembilan akan bertemu Terengganu manakala juara 19 kali, Kuala Lumpur melawan Perak.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan