Rakan-Rakan Anjur Golf Amal Bantu Shaaban

Diterbitkan: Isnin, 23 Mei 2016 6:08 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Simpati dengan penderitaan yang  dialamirakan seperjuangan, beberapa pemain golf profesional negara turun padang bersama-sama penaja menganjurkan acara golf amal bagi membantu Shaaban Hussin.

Antara pemain-pemain golf yang terlibat dalam acara 'Golf for Shaaban Charity Game' itu ialah Ilyia Jamil, M.Sasidaran, S.Sivachandran, Sukree Othman dan Abel Tham.

Acara berkenaan telah berjaya mengumpul sejumlah RM103,000 hasil daripada acara lelongan barangan golf yang diadakan pada majlis makan malam dan yuran penyertaan bagi acara berkenaan yang berlangsung di Kuala Lumpur Golf & Country Club, Bukit Kiara di sini, Ahad malam.

Selain itu, Shaaban turut menerima sumbangan berjumlah RM10,000 daripadapengedar kelengkapan golf, Srixon Sports Asia dan RM5,000 daripada Majlis Sukan Negeri Kedah.

Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb) turut menyumbang sebuah kerusi roda bermotor dan sumbangan itu disampaikan oleh pengerusinya, Datuk Malek Noor.

Kesemua sumbangan disampaikan kepada ibu Shaaban, Noordiah Mat.

"Makcik amat terharu dengan sumbangan yang diberikan kepada Shaaban. Hanya tuhan sahaja yang mampu membalas jasa semua yang masih mengingati anak makcik Shaaban," kata Noordiah, 60, kepada Bernama.

Menurut beliau, Shabaan kini masih lagi menerima rawatan di Hospital KualaLumpur (HKL).

Shaaban, 36, yang menaiki motosikal berkuasa tinggi terbabas semasa cuba mengelak sebuah kereta yang berhenti di tepi Lebuhraya Guthrie pada 31 Mac lepas.

Akibat kemalangan itu, juara Kejohanan PGM Sime Darby Harvard 2016 itu cedera tangan kirinya dan kaki kirinya yang cedera teruk tidak dapat diselamatkan dan terpaksa dipotong. 

"Kini dia (Shaaban) sudah hilang mata pencarian...dia sangat suka sukan golf ini. Dia semakin sihat, tangan kirinya masih belum sembuh sepenuhnya dan sebab itu masih kena rawat di HKL," kata Noordiah sambil air mata bergenang.

Noordiah turut berterima kasih kepada pihak Majlis Sukan Negara (MSN) kerana menyediakan penginapan bagi kemudahan beliau dan ahli keluarga yang lain di Kompleks MSN Jalan Raja Muda Musa.

Ketika kejadian, Shaaban dalam perjalanan dari rumahnya di Kota Damansara ke Glenmarie Golf & Country Club di Shah Alam bagi menjalani latihan untuk menyertai Kejohanan Darul Aman PGM di Kedah.  -Bernama

Tags / Kata Kunci: Shaaban Hussin , Golf

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan