Sukan SEA: PKBM Harap Rayuan Bagi Acara MTB Diterima

Diterbitkan: Selasa, 10 Mei 2016 1:09 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) berharap agar rayuan untuk menyenaraikan acara berbasikal bukit (MTB) pada Sukan SEA 2017 mendapat perhatian Majlis Olimpik Malaysia (MOM) ekoran kejayaan Malaysia meraih pingat gangsa di Thailand, baru-baru ini.

Pelumba dari Kedah, Siti Nur Adiba Akma Mohd Fuad meraih pingat gangsa dalam kategori junior wanita acara merentas desa sejauh 10.4km pada Kejohanan Lumba Basikal Bukit Asia 2016 (ACC MTB 2016) di Chai Nat, Thailand, minggu lepas.

Presiden PKBM Datuk Abu Samah Abd Wahab berkata kejayaan itu telah membuktikan keupayaan pelumba negara menguasai sukan MTB di rantau Asia Tenggara dalam tempoh terdekat.

"Ini bukti sukan MTB negara bergerak pada haluan tepat dan beliau memiliki karektor juara. Saya fikir Siti Nur Adiba adalah calon pemenang pingat pada Sukan SEA. Namun, kita mesti membantunya agar impiannya terus berkembang," kata Abu Samah dalam kenyataan media.

Sementara itu, turut menyuarakan hasrat sama, pengerusi Jawatankuasa Basikal Bukit PKBM, Omar Saad mengharapkan acara berbasikal bukit akan tetap disenaraikan pada Sukan SEA pada 19-31 Ogos 2017 rentetan kejayaan Siti Nur Adiba Akma di ACC MTB itu.

"Memang menjadi harapan semua pihak di Asia Tenggara agar acara basikal bukit tetap disenaraikan pada Sukan SEA 2017. Semoga kejayaan Siti Nur Adiba Akma menjadi pemangkin agar acara basikal bukit tetap disenaraikan," katanya.

Media tempatan sebelum ini melaporkan, MOM masih menganalisis dan menilai rayuan agar hanya 222 acara daripada 41 jenis sukan dimasukkan dalam Sukan SEAK uala Lumpur 2017.   

Selepas menyenarai 342 acara daripada 34 jenis sukan dalam senarai awal pada17 Feb, MOM kini sedang menentukan senarai akhir acara untuk dipertandingkan dan senarai akhir akan diketahui pada mesyuarat Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) pada13 dan 14 Julai ini.

Pada 1 April, MOM mengumumkan ia menerima rayuan bagi 114 kategori lelaki,100 acara wanita dan lapan acara campuran menerusi Majlis Olimpik Nasional 10 negara anggota ASEAN dan persatuan sukan kebangsaan.   

Antara acara yang dikemukakan kepada MOM untuk rayuan ialah berbasikal (BMX dan basikal bukit), menembak (pistol, raifal, senapang patah dan pistol latihan), kanu/kayak, lawan pedang, bola lantai, judo, kempo, muay, sukan memanjat, tarung derajat, perlumbaan bot tradisi dan vovinam.  -Bernama

Tags / Kata Kunci: PKBM , Datuk Abu Samah

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Ayda Jebat Kecewa Mainan Politik

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan