Skuad Negara Tetap Terbuka Untuk Faizal - Subahan

Diterbitkan: Isnin, 9 Mei 2016 2:50 PM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: "Pintu skuad hoki negara tetap terbuka untuk Faizal (Shaari)," kata Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (KHM), Datuk Seri Subahan Kamal.

Menurutnya, Faizal, 25, tetap diberi peluang menyarung jersi negara sekiranya mampu mempamer aksi yang baik selain dapat memberi komitmen pada semua sesi latihan.

"Faizal adalah seorang pemain yang berbakat dan banyak ruang yang dapat dimanfaatkannya sekiranya beliau berubah dan bersikap lebih matang serta berdisiplin," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang Liga Hoki Tenaga Nasional Berhad (TNB) Melaka di Stadium Hoki Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Bukit Serindit di sini, pada Ahad.

Faizal digantung enam bulan kerana gagal menghadiri sesi latihan skuad kebangsaan pada Oktober tahun lalu. Penggantungannya akan tamat 15 Jun ini.

Mengulas mengenai Liga Hoki TNB Melaka, Subahan berkata kejohanan itu merupakan platform terbaik bagi mencungkil lebih ramai pemain berbakat untuk menjadi pelapis yang mampu diketengahkan dalam skuad negara.

Pasukan Petronas muncul juara Liga Hoki TNB Melaka 2016 selepas menewaskan MBMB dengan 4-1.

Sementara itu, Subahan berkata kejohanan Piala Tun Abdul Razak di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil di Kuala Lumpur dari 21 hingga 29 Mei ini akan melibatkan pasukan lelaki dan wanita secara serentak.

"Sebanyak 16 pasukan lelaki dan 14 pasukan wanita akan beraksi bagi merebut kejuaraan. Bagi kategori lelaki, semua negeri akan turut serta termasuk Polis Diraja Malaysia dan Tentera manakala bagi wanita, hanya Perlis dan Kelantan tidak mengambil bahagian.

"Ini adalah kali pertama kejohanan ini melibatkan pasukan wanita kerana sebelum ini hanya membabitkan pasukan lelaki," katanya.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan