TSG Sasar Takluk 25 Podium Tahun Ini

Diterbitkan: Isnin, 2 Mei 2016 9:52 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Pasukan Lumba Basikal Profesional Terengganu (TSG) menyasarkan menakluk lebih 25 podium sepanjang tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia negeri, Datuk Rozi Mamat yakin sasaran itu dapat dicapai menerusi prestasi dan komitmen yang ditunjukkan barisan pelumba.

"Kami yakin sasaran itu dapat dicapai menerusi kira-kira 30 perlumbaan yang disertai pemain di dalam dan luar negara.

"Selain itu kami juga mempunyai ramai pelumba berpotensi untuk kami ketengahkan dan mencapai sasaran yang dilakukan itu," katanya selepas majlis penghargaan kepada penaja pasukan TSG di sini.

Pada Majlis itu TSG menerima tajaan lebih RM5 juta daripada 19 penaja.

Rozi berkata sepanjang tahun lalu 20 podium telah dimenangi dan Nur Amirul Fakruddin Marzuki berjaya menakluki tiga podium serta turut muncul sebagai raja bukit (keseluruhan) menerusi siri jelajah Malaysia.

Jelasnya pada tahun ini Muhamad Adiq Husainie Othman meraih jersi putih selaku pelumba terbaik Asia pada kejohanan Le Tour De Langkawi.

Mohd Hariff Salleh pula cemerlang dengan menjuarai peringkat ketiga dan keempat Jelajah Thailand.

Beliau berkata pihaknya juga menyasarkan peningkatan prestasi pasukan TSG lima hingga 10 tahun lagi dalam divisyen satu.

"Sekarang di peringkat Asia kami menduduki ranking terbaik dan bercadang untuk melangkah lebih jauh sehingga ke peringkat dunia...dengan kejayaan yang dikecapi, kami yakin pasukan ini dapat melangkah di peringkat tertinggi.

"Kami juga perlukan sokongan dan bantuan daripada Persatuan Lumba Basikal Malaysia untuk membantu kami melangkah lebih jauh dan bertanding pada perlumbaan Le Tour di France, Itali dan sebagainya," katanya.

TSG mempuyai beberapa pelumba berbakat besar seperti Anuar Manan, Mohd Hariff Salleh, Mohd Zamri Salleh dan Muhamad Adiq Husainie Othman. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: TSG , podium , Rozi Mamat

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan