Sultan Johor Bangga Kejayaan Nauraj Layak Ke Sukan Olimpik

Diterbitkan: Isnin, 2 Mei 2016 10:50 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kejayaan atlet lompat tinggi negara, Nauraj Singh yang layak Sukan Olimpik di Rio pada Ogos ini mendapat perhatian Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.

Sultan Ibrahim menyampaikan ucapan tahniah kepada atlet kelahiran Johor Baru itu menerusi laman rasmi Facebook baginda pada pagi Isnin.

"Tahniah kepada anak kelahiran Johor kita, Nauraj Singh Randhawa, yang telah berjaya memecahkan rekod lompat tinggi negara, sekali gus melayakkan diri ke Sukan Olimpik Rio de Janeiro 2016 di Brazil.

"Pemenang pingat emas acara lompat tinggi Sukan SEA 2013, anda kemudiannya telah berusaha bersungguh-sungguh dalam meningkatkan lagi prestasi anda.  Kini, setelah berlatih selama tiga bulan di Australia, anda telah mencatitkan satu lompatan yang membanggakan iaitu pada 2.29m. 

"Rekod ini membuktikan bahawa anda adalah pelompat tinggi terbaik negara ini dan kedua terbaik di dunia. 

"Johor sangat berbangga dengan anda! Beraksilah dengan penuh keyakinan dan lakukanlah yang terbaik. Kami doakan yang terbaik untuk anda di Sukan Olimpik!."

Tags / Kata Kunci: Nauraj Singh , Lompat tinggi , Sultan Johor

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan