Nauraj Mahu Terus Berlatih Bersama Stewart

Diterbitkan: Jumaat, 29 April 2016 8:34 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Atlet lompat tinggi negara, Nauraj Singh berharap dapat terus menjalani latihan bersama jurulatih Alex Stewart dari Australia bagi persediaan ke Sukan Olimpik Rio de Janeiro, Brazil.

Nauraj berkata sejak berlatih bersama Stewart pada Januari lepas, prestasinya semakin baik dan beliau yakin akan mencapai lompatan lebih tinggi dalam beberapa kejohanan di Eropah pada Jun ini. 

"Buat masa ini, saya akan ikut program beliau. Saya berharap dapat terus berada di bawah bimbingannya. Memang waktu ini saya perlukannya.

"Saya juga berharap dapat masuk Program Podium sebab ia mampu beri dana untuk melantik jurulatih yang sesuai untuk saya. 

"Memang saya akui kosnya bukan sedikit tapi saya yakin menerusi Program Podium, ia mampu untuk menanggung kos yang diperlukan," katanya kepada pemberita pada sidang media di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil pada Jumaat.

Nauraj, 24, layak ke Sukan Olimpik Rio de Janeiro, Ogos ini secara merit selepas melakukan lompatan setinggi 2.29 meter pada kejohanan Terbuka Singapura pada Khamis, sekali gus menyamai had kelayakan ke Sukan Olimpik.

Selain memenangi pingat emas, kejayaan beliau itu sekali gus memperbaharui rekod kebangsaan 2.27 meter yang dipegang Lee Hup Wei sejak 2008.

Sebelum ini,catatan terbaik Nauraj adalah pada 2.25 meter ketika menyertai Canberra Track Classic dua bulan lepas. 

Sementara itu, Pemangku Pengarah Bahagian Atlet Majlis Sukan Negara, Jefri Ngadirin berkata MSN akan berbincang dengan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) untuk menempatkan Nauraj dalam Program Podium. 

"Kelayakan untuk Program Podium sangat ketat, atlet perlu menang di Sukan Olimpik, Sukan Asia dan Sukan Komanwel, tapi kita akan berbincang dengan persatuan untuk membolehkan Nauraj menyertainya," katanya. 

Mengenai hasrat Nauraj untuk bersama jurulatihnya, Stewart, Jefri berkata MSN akan terus membantu atlet itu meneruskan latihan di Australia. 

"Kita akan terus membantu Nauraj untuk menjalani latihan di Australia, Eropah dan Amerika Syarikat bersama jurulatihnya itu. 

"Stewart bukan jurulatih baru tetapi beliau adalah jurulatih di Australia kerana atlet beliau juga turut layak ke Olimpik, cuma sebelum ini kita bayarnya kerana turut melatih Nauraj," katanya. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Alex Stewart , Nauraj Singh

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan