APO2016: Undian Bintang Sukan Wanita Sengit

Diterbitkan: Rabu, 27 April 2016 9:11 AM

Farah Ann Abdul Hadi

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Sengit! Itulah ungkapan yang sesuai bagi menggambarkan persaingan calon yang menduduki carta lima teratas kategori Bintang Sukan Wanita Pilihan dalam Anugerah Pilihan Online (APO2016).

Ratu skuasy negara, Datuk Nicol Ann David, Pandelela Rinong (terjun), Farah Ann Abdul Hadi (gimnastik), Fatehah Mustapa (trek berbasikal) dan Nurul Ain Osman atau lebih dikenali sebagai Ann Osman (Mixed Martial Art), antara atlet yang tercalon dalam kedudukan lima teratas bagi kategori tersebut.

Kelima-lima atlet tersebut antara atlet berjiwa besar dan mempunyai kelebihan masing-masing yang memberi pilihan kepada pengundi untuk menentukan calon yang layak membawa pulang trofi kategori berkenaan.

Di atas kertas, Nicol mempunyai kelebihan berbanding empat lagi pencabarnya jika mengambil kira pencapaiannya dalam sukan skuasy sehingga hari ini.

Pengasas Dnars, Faziani Rohban Ahmad sebagai penaja utama Anugerah Pilihan Onlin 2016.

Kejayaan tersebut membolehkan beliau diangkat sebagai  antara atlet paling berjaya di negara ini.

Turut memberi saingan kepada Nicol adalah Pandelela yang menjadi atlet pertama negara menempah tiket ke Sukan Olimpik di Rio Jenario, Brazil Ogos ini.

Malah pada awal bulan lalu, atlet kelahiran Sarawak itu dinobatkan sebagai Atlet Terbaik SAM pada Majlis Anugerah Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) – 100PLUS 2015.

Pandelela, 23,  berjaya menewaskan empat lagi calon - jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei; Nicol (skuasy), juara silat dunia Mohd Al-Jufri Jamari dan atlet wushu, Loh Jack Chang menerusi undian yang dilakukan oleh ahli-ahli SAM.

Pandalela Rinong.

Selain itu, rekodnya pada kejohanan Piala Dunia baru-baru ini mengukuhkan lagi keyakinan untuk melihat nama Malaysia menjulang pingat di Brazil tidak lama lagi.

Sementara itu, Farah Ann juga dilihat sebagai pencabar sengit Nicol dan Pandelela susulan mencipta sejarah tersendiri dalam arena gimnastik negara apabila menjadi atlet pertama menyumbang pingat pada Siri Piala Dunia di Slovenia dalam acara palang bertingkat selepas meraih pingat perak.

Ia adalah pencapaian terbaik atlet kelahiran Selangor itu selepas gagal menempah tiket secara automatik ke Sukan Olimpik Rio apabila sekadar menamatkan saingan di kedudukan ke-63 pada Kejohanan Pra-Ujian di Rio, 18 April lalu.

Namun, beliau berada dalam senarai simpanan dan berpeluang ke Rio seandainya ada atlet mengalami kecederaan.

Fatehah Mustapa.

Farah mengumpul jumlah mata keseluruhan 48.832 mata selepas beraksi dalam empat acara yang dipertandingkan.

Seorang lagi finalis bagi kategori ini, Fatehah turut berpeluang cerah merangkul anugerah tersebut jika undian yang akan ditutup pada tengah malam Rabu terus berpihak padanya.

Pelumba kelahiran Hulu Terengganu itu juga telah berjaya mengesahkan penyertaan pada Sukan Olimpik Rio menerusi acara pecut individu selepas berakhirnya pusingan kelayakan di Kejohanan Trek Dunia, London, Mac lalu.

Meskipun masih dibayangi kecederaan, Fatehah berazam untuk memperbaiki catatan terbaiknya pada Kejuaraan Dunia di London, awal bulan lalu.

Nurul Ain Osman.

Malah, nasihat bapanya, Mustapa Kassim yang mengalami sakit buah pinggang sentiasa terngiang-ngiang di ingatan dan menjadi pendorong untuk berusaha mengembalikan prestasi terbaik sebelum memulakan kayuhan di Rio dalam tempoh empat bulan dari sekarang.

Kehebatan Ann atau popular dengan gelaran ‘Anthena’ untuk sukan seni mempertahankan diri campuran atau Mixed Martial Art (MMA)  juga tidak boleh dipandang remeh.

Beliau merupakan atlet wanita yang berjaya membuka mata rakyat Malaysia bahawa kerjaya di gelanggang seni mempertahankan diri berada dalam kelas tersendiri.

Nama Ann mula menjadi subjek utama dalam beberapa majalah antarabangsa termasuk TIME selepas dia memegang status selaku atlet MMA wanita pertama dari Malaysia yang berjaya meraih kejayaan pada Kejuaraan ONE FC.

Nicole David. 

Bagi memastikan calon pilihan anda memenangi anugerah tersebut, pengundi disarankan untuk terus mengundi sehingga 12 tengah malam Rabu (27 April) menerusi akaun Facebook, Instagram dan Google di laman web http://apo.mstar.com.my/undi.aspx.

Debaran APO2016 yang ditaja pengeluar kosmetik terkemuka, Dnars mulai dirasai selepas peringkat pertama berakhir pada 31 Mac dan pengumuman senarai pencalonan lima terbaik itu diadakan di Menara Star di 31 Mac lalu.

Malam kemuncak APO2016 bakal diadakan pada 30 April 2016 (Sabtu) dan akan dipancarkan secara langsung menerusi TV2 dari Auditorium Perdana, Angkasapuri Kuala Lumpur, pukul 9 malam.

Ia bakal dimeriahkan dengan gabungan tiga pengacara iaitu pasangan deejay Ceria Pagi, Suria FM iaitu Adibah Noor dan Baki Zainal yang akan disokong oleh pengacara hebat Awal Ashaari.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan