APO2016: Siapa Bakal Raih Trofi Bintang Sukan Lelaki Terbaik?

Diterbitkan: Selasa, 26 April 2016 2:20 PM

Azizul Hasni Awang antara lima calon terbaik yang menjadi pilihan pengundi APO2016.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Anugerah Pilihan Online 2016 (APO2016) telah menyenarai pendek lima calon bagi kategori Bintang Sukan Lelaki Pilihan Online dengan didahului jaguh badminton dunia, Datuk Lee Chong Wei untuk merebut trofi atlet terbaik pada majlis yang akan berlangsung Sabtu ini.

APO2016 yang diadakan buat julung kalinya oleh mStar Online dan Suria FM di bawah Star Media Group Berhad dengan tajaan kosmetik D’nars mengiktiraf selebriti hiburan, bintang sukan, ahli perniagaan muda, chef selebriti, penulis blog, ikon fesyen serta personaliti popular di media sosial seperti Instagram, YouTube, Twitter, Facebook dan sebagainya.

Chong Wei menunjukkan karakter yang cukup hebat untuk kembali berada di kelompok lima terbaik dunia pada penghujung tahun 2015, hanya tujuh bulan selepas kembali dari penggantungan yang mana menyaksikan pemain kelahiran Pulau Pinang itu melalui detik hitam dalam kariernya digantung kerana kesalahan doping.

Di sebalik ramai yang meragui kemampuannya untuk kembali, pemenang  pingat perak Sukan Olimpik 2008 dan 2012 itu menterjemahkan perwatakan seorang pejuang sejati apabila menjuarai Terbuka Kanada, Terbuka Amerika Syarikat, Terbuka Perancis, Terbuka China, Terbuka Hong Kong dan menutup 2015 dengan kemenangan di Grand Prix Emas Malaysia Masters.

Chong Wei turut mara ke perlawanan akhir Kejohanan Dunia yang berlangsung di Jakarta sekaligus berjaya memperbaiki rankingnya yang menjunam ke kedudukan terburuk 180 dunia pada satu ketika.

Selain Chong Wei, turut menjadi pilihan pengundi-pengundi online adalah jaguh keirin No.1 dunia, Azizulhasni Awang yang  merupakan prospek emas Sukan Olimpik 2016.

Azizulhasni yang juga dikenali sebagai 'The Pocket Rocket Man' menguasai kedudukan terkini yang dikeluarkan Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) Februari lalu menyaksikan pelumba berusia 28 tahun ini naik dari kedudukan ketiga sebelum ini dengan 508 mata mengatasi pelumba Perancis, Francois Pervis (504) di kedudukan kedua manakala Edward Dawkins (New Zealand) ketiga dengan 494 mata.

Selain itu, turut tersenarai dalam lima kedudukan terbaik selepas menilai pencalonan peminat-peminat bola sepak tempatan adalah ketua pasukan Johor Darul Ta'zim, Safiq Rahim.

Safiq yang juga kapten Harimau Malaysia kini bertungkus-lumus dalam membantu JDT dalam saingan Liga Super dan turut memimpin rakan sepasukannya dalam aksi separuh akhir Piala FA Sabtu ini.

Manakala pemain tengah Pulau Pinang, Mohd Faiz Subri yang mencipta sepakan percuma unik baru-baru ini juga menjadi pilihan untuk berada di pentas akhir APO2016.

"Terima kasih kepada peminta-peminat bola sepak negara yang turut mengun di saya dalam senarai akhir kategori ini," jelasnya ringkas ketika dihubungi baru-baru ini.

Seorang lagi pemain tengah muda sensasi negara, Muhamad Nazmi Faiz Mansor yang menyarung jersi negara serta beraksi bersama pasukan Selangor musim ini turut terpilih untuk berada di pentas akhir sebaris dengan empat lagi pencalonan bagi merebut trofi terbaik ini.

Dalam pada itu peminat-peminat lima calon bintang lelaki terbaik ini masih berpeluang untuk mengundi sehingga 12 tengah malam Rabu (27 April) dan keputusan tertinggi akan diumumkan pada Sabtu ini. Jadi jangan lepaskan peluang untuk melihat atlet kesayangan anda meraih trofi terbaik ini.

Proses pengundian fasa kedua bermula 1 April hingga 27 April depan dan sepanjang tempoh itu undian boleh dibuat setiap hari (sekali sehari) menerusi akaun Facebook, Instagram dan Google di laman web http://apo.mstar.com.my/utama.aspx.

Debaran APO2016 mulai dirasai selepas peringkat pertama berakhir pada 31 Mac dan pengumuman senarai pencalonan lima terbaik itu diadakan di Menara Star di 31 Mac lalu.

Malam kemuncak APO2016 bakal diadakan pada 30 April 2016 (Sabtu) dan akan dipancarkan secara langsung menerusi TV2 dari Auditorium Perdana, Angkasapuri Kuala Lumpur, pukul 9 malam.

Ia bakal dimeriahkan dengan gabungan tiga pengacara iaitu pasangan deejay Ceria Pagi, Suria FM iaitu Adibah Noor dan Baki Zainal yang akan disokong oleh pengacara hebat Awal Ashaari.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan