Ibu Perenang Dapat Tajaan Ke Olimpik Rio

Diterbitkan: Sabtu, 23 April 2016 8:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Perenang kebangsaa, Welson Sim akan menyertai Sukan Olimpik Rio de Janeiro dengan lebih gembira selepas mengetahui bahawa ibunya yang juga penyokong nombor satunya akan berada di sana untuk memberi sokongan.

Perenang kelahiran Sarawak itu pada awalnya bimbang jika ibunya tidak dapat bersama kerana berhadapan masalah kewangan.

Bagaimanapun pameran rumah dan gaya hidup Perfect Livin' dan salah satu daripada peserta pameran, One Stop Furnishing Sdn Bhd tampil membantu Lee untuk pergi ke Rio.

Pengarah Urusan I.Star Ideas Factory Sdn Bhd, Datuk Adriana Law dan Pengarah Urusan Stop Furnishing, Mark Mah menyerahkan cek kepada Welson dan Lee di Pusat Konvensyen Borneo di Kuching pada Jumaat.

"Saya berasa amat gembira dengan peluang yang diberikan kepada ibu saya. Dia adalah penyokong terbesar saya selama ini.

"Saya berlatih setiap pagi dan petang. Sesi pagi bermula pada pukul 5.30 pagi, jadi ibu saya akan bangun pada pukul 5 pagi untuk menghantar saya ke kolam renang dan menunggu selama dua jam sehingga selesai.

"Sekarang saya sudah mencapai matlamat untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik, ia menunjukkan semua pengorbanan dan sokongan ibu selama ini berbaloi," katanya.

Welson adalah perenang Malaysia pertama yang layak ke Sukan Olimpik di bawah kategori A.

Tags / Kata Kunci: Welson Sim

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan