Peruntukan RM2 Juta Untuk Keseluruhan Siri JCM - Khairy

Diterbitkan: Sabtu, 16 April 2016 6:00 PM

Gambar pemenang program Siri Berbasikal Remaja Malaysia (JCM) bersama hadiah masing-masing, yang menjadi viral di media sosial, baru-baru ini.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Peruntukan RM2 juta adalah untuk keseluruhan program Siri Berbasikal Remaja Malaysia (JCM), kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata, peruntukan tersebut termasuk 16 siri perlumbaan di seluruh negara, peralatan dan termasuk kos mereka yang terpilih untuk menyertai perlumbaan di luar negara.

"Jangan salah fahamlah. Ia bukan hanya peruntukan untuk di (siri perlumbaan di) Serdang sahaja, tetapi keseluruhan program berkenaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Kupas Buku di sini, Sabtu.

Beliau berkata demikian sebagai respons kepada dakwaan bahawa peruntukan program JCM berjumlah RM2 juta tetapi hadiah diberi kepada pemenang hanya RM30 sahaja yang viral di media sosial baru-baru ini.

Khairy berkata, program JCM akan tetap diteruskan dan tidak lagi menawarkan hadiah wang tunai seperti sebelum ini.

Katanya, hadiah mungkin diberi dalam bentuk baucar peralatan sukan termasuk pingat.

"Selama ini program KBS memang tiada bagi hadiah wang ringgit. Jadi ini tidak akan menjadi isu atau memberi impak kepada program ini, malah selepas isu 'mock check' (RM30 kepada pemenang) itu ramai yang tahu pasal JCM," katanya.

Dalam perkembangan lain, Khairy berkata langkah proaktif telah dilakukan pihaknya demi memastikan atlet negara sifar masalah doping menjelang Sukan SEA 2017 dengan Malaysia selaku tuan rumah.

Katanya, beliau telah mengarahkan Majlis Sukan Negara, Agensi Anti Doping Malaysia (Adamas) dan persatuan sukan mengadakan ujian doping secara berkala agar tidak berlaku sebarang masalah doping menjelang Sukan SEA ke-29 itu. 

"Ini sebagai pencegahan. Impak dari langkah ini terbukti berjaya apabila ada atlet yang kita dapati terlibat dalam masalah doping.

"Ini juga sebagai peringatan pada atlet supaya tidak mengelak daripada mengadakan ujian doping," katanya.

Sebelum ini, Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM) mengesahkan dua atlet elit negara gagal ujian doping yang dikendalikan Adamas.

Berikutan itu, PABM telah mengeluarkan surat kepada kedua-dua atlet terbabit dan mereka diberi tempoh dua minggu untuk menjawab mengenai keputusan positif sampel A. - Bernama

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan