Atlet Perlu Bertanggungjawab Terhadap Kes Doping - MOM

Diterbitkan: Jumaat, 15 April 2016 7:26 PM

Low Beng Choo. Foto AZHAR MAHFOF / The Star

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dua atlet elit angkat berat negara yang terbabit dalam kes doping perlu bertanggungjawab di atas tindakan dilakukan mereka itu, kata Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Low Beng Choo.

"Mereka perlu faham bahawa tanggungjawab adalah di atas mereka. Apa yang diambil, apa yang disuntik pada badan, mereka perlu bertanggungjawab," katanya ketika dihubungi Bernama pada Jumaat.

Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM) pada Jumaat, mengesahkan dua atlet elit negara gagal ujian doping yang dikendalikan Agensi Anti Doping Malaysia (Adamas).

Berikutan itu, PABM telah mengeluarkan surat kepada kedua-dua atlet terbabit dan mereka diberi tempoh dua minggu untuk menjawab mengenai keputusan positif sampel A.

Setiausaha PABM, Pang Siew Huat juga sedang mengatur untuk membawa pulang kedua-dua atlet berkenaan ke Malaysia dan mereka dijangka tiba dalam masa seminggu.

Kedua-dua atlet tersebut juga akan digantung sementara daripada program 'Kita Juara' yang diperkenalkan dalam misi Malaysia untuk muncul juara Sukan SEA 2017.

Atlet angkat berat negara termasuk Mohd Hafifi Mansor, Mohd Zulhelmi Md Pisol, Muhammad Azroy Hazalwafie Izsar Ahmad, Loro Welkinson, Mohd Fazrul Azri, Aznil Bidin, Constantine Clement dan Mohd Nasir Roslan kini berada di China sebagai persiapan untuk Kejohanan Asia di Uzbeskistan.

Kejohanan itu penting kerana menawarkan tiket kelayakan ke Sukan Olimpik Rio de Janeiro, Brazil pada Ogos depan.

Kejohanan itu yang berlangsung dari 22 hingga 30 April, menawarkan slot ke Olimpik kepada enam pasukan terbaik dan atlet yang beraksi pada pertandingan itu turut berpeluang layak dalam kategori individu jika memenangi pingat. - Bernama

Tags / Kata Kunci: Low Beng Choo , doping , PABM

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan