Yee Zhi Jie Mahu 'Meluncur' Lebih Jauh

Diterbitkan: Rabu, 13 April 2016 10:59 AM

Julian Yee Zhi Jie

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Peluncur, Julian Yee Zhi Jie tidak mengambil ringan semangatnya dalam sukan ini.

Luncur ais adalah satu sukan yang 'mahal' dan beliau memerlukan banyak wang jika mahu memenangi kejohanan antarabangsa.

Julian, 19, berkata beliau bermain luncur ais sejak berusia empat tahun dan keluarganya telah membiayai latihannya. Beliau sedar bahawa sukan luncur ais memerlukan kos yang tinggi kerana ia bersifat eksklusif.

"Saya gembira dengan apa yang telah saya capai setakat ini, tetapi saya tidak mahu berhenti di sini. Untuk meneruskannya, saya akan memerlukan lebih banyak dana untuk menyokong usaha saya," katanya dalam satu temu bual.

Wakil tunggal Malaysia ini telah mencatatkan rekod peribadi terbaiknya dalam Free Skate, World Figure Skating Championships di Boston, Amerika Syarikat, baru-baru ini.

Mengenai kos yang telah dibelanjakan keluarga, ibunya Irene Cheow, 55, tidak dapat menyatakannya.

"Saya tidak mengiranya dan saya tidak berani mengiranya. Hobi anak saya telah berkembang sejauh ini dan sumber kewangan kami tidak mampu menampungnya lagi," katanya sambil menambah satu sesi latihan di gelanggang luncur ais menelan kos RM30.

"Julian berlatih di gelanggang sebanyak empat kali seminggu sepanjang tahun. Anda boleh mengiranya," katanya sambil menambah bayaran itu belum termasuk yuran latihan anaknya.

Julian kini sedang dilatih oleh Michael Hopfes yang berpangkalan di Kanada, dan telah mengambil bahagian dalam beberapa kejohanan di seluruh dunia.

"Sukan ini memerlukan latihan individu. Setiap peluncur adalah berbeza apabila mereka membuat persembahan," katanya, sambil menambah yuran latihan juga adalah mahal.

Julian bersetuju bahawa peluncur ais tidak mendapat perhatian ramai rakyat Malaysia.

"Ramai penduduk di sini tidak tahu mengenai sukan ini atau tidak terlalu mahir mengenainya," katanya.

Beliau berharap untuk mengumpul dana RM250,000 bagi membiayai latihan dan perbelanjaan pertandingannya.

Mereka yang berminat untuk membantu boleh menghubungi 016-9006363 atau e-mel icheow@gmail.com.

Tags / Kata Kunci: luncur ais , Julian Yee Zhi Jie

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan