Henti Guna Replika Cek - KJ

Diterbitkan: Rabu, 13 April 2016 9:57 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berharap orang ramai tidak cepat melatah berikutan gambar viral replika cek masing-masing bernilai RM10, RM20 dan RM30 yang disampaikannya kepada pemenang kejohanan Junior Cycling Malaysia (JCM).

Menurut Khairy, ibu bapa dan peserta JCM sudah dimaklumkan lebih awal mengenai hadiah yang bakal diterima pemenang.

"Tidak timbul isu mereka tak tahu atau tidak dihargai. Rata-rata ibu bapa yang bawa anak mereka tak fikir soal hadiah wang tetapi telah mengorbankan masa kerana minat anak-anak mereka dalam sukan basikal.

"Dan mereka gembira memberi sokongan kepada anak masing-masing," katanya menerusi kenyataan di Facebook pada Rabu malam.

Beliau mengulas mengenai gambar viral hingga mengundang komen negatif di kalangan netizen yang mempertikaikan nilai hadiah yang diberikan kepada pemenang bagi kategori bawah 11 dan 9 tahun pada kejohanan yang berlangsung di Serdang pada hujung minggu lalu.

Pemenang diberikan hadiah RM30, RM20 dan RM10 bagi pemenang tempat pertama hingga ketiga menggunakan replika cek.

Mengulas lanjut berhubung kontroversi berkenaan, Khairy bagaimanapun mengakui penggunaan replika cek menjadi punca kepada isu tersebut.

"Kalau ada perkara yang perlu diperbetulkan adalah pemberian mock cheque kepada pemenang-pemenang.

"Itu akan dihentikan untuk acara-acara JCM kelak," katanya.

Selain itu, tambah Khairy, program JCM yang dianjurkan kementerianya melalui Majlis Sukan Negara (MSN) tidak mahu mendidik golongan muda supaya meminati bidang sukan tanpa didorong oleh wang.

"Saya akui jumlah wang yang diberikan sebagai hadiah kemenangan memang kecil. Pihak JCM memilih untuk buat demikian sebab yang paling penting untuk kategori umur kanak-kanak adalah minat, pengalaman penyertaan dan kemahuan untuk menang bukan kerana habuan wang.

"Jika dari peringkat kanak-kanak kita sudah biasakan mereka dengan hadiah wang tunai, saya risau mereka akan lupakan matlamat utama mereka berjuang dalam sukan.

"Ya, wang adalah penting dan jika mereka berjaya dalam sukan, mereka pastinya akan menerima ganjaran lumayan di kemudian hari tetapi jangan kita rosakkan mereka pada usia muda," katanya.

Tags / Kata Kunci: Khairy Jamaluddin , JCM

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan