Malaysia Gagal Kutip Tiga Mata Penuh, Seri Dengan Kanada

Diterbitkan: Selasa, 12 April 2016 11:33 PM

Fitri Saari bersaing dengan Mark Pearson dari Kanada pada Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah malam Selasa. - fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

IPOH: Harapan Malaysia untuk mengutip tiga mata penuh tidak kesampaian apabila sekadar seri 2-2 menentang Kanada pada hari kelima Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah ke-25, di sini malam Selasa.

Pasukan bimbingan Stephen Van Huizen itu seolah-olah hilang rentak permainan apabila ketua pasukan Kanada, Scott Tupper menyumbat masuk gol pertama pada minit ke-21 menerusi pukulan sudut penalti.

Namun, lapan minit kemudian, Malaysia berjaya menyamakan kedudukan melalui Shahril Saabah, sebelum Nabil Noor meletakkan pasukan negara di hadapan pada minit ke-31.

'The Speedy Tigers', bagaimanapun gagal memanfaatkan kelebihan tersebut.

Pasukan Malaysia melakukan kesilapan demi kesilapan sehingga membenarkan Kanada meraih satu mata apabila Matthew Guest menjaringkan gol penyamaan, 15 minit sebelum tamat perlawanan.

Sementara itu, Van Huizen jelas kecewa dengan keputusan tersebut kerana beliau menyasarkan pasukan negara untuk berada pada kedudukan lebih baik berbanding kejohanan tahun lepas.

Mengulas mengenai pertemuan berdepan Pakistan esok, Van Huizen berkata ia bukan satu tugas yang mudah kerana pasukan lawan sudah tentu mahu menebus kekecewaan selepas dibelasah 1-5 oleh India, petang Selasa.

Selepas mengharungi empat perlawanan, Malaysia kini di tangga kelima dengan kutipan lima mata, sama seperti Kanada yang berada di kedudukan keempat, namun dipisahkan berdasarkan perbezaan gol.

Berikut adalah jadual perlawanan pada Rabu:

New Zealand mln India - 4.05 petang

Australia mln Jepun - 6.05 petang

Pakistan mln MALAYSIA - 8.35 malam - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Malaysia , Kanada , hoki , Piala Sultan Azlan Shah

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan