Lima Atlet Terbaik Rebut Trofi Anugerah SAM-100Plus

Diterbitkan: Selasa, 12 April 2016 4:58 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) telah menyenarai pendek lima calon didahului jaguh badminton dunia, Datuk Lee Chong Wei untuk merebut gelaran atlet terbaik pada Anugerah SAM-100 PLUS 2015 yang akan berlangsung pada Rabu ini.

Chong Wei yang pernah memenangi gelaran itu pada 2009, akan dicabar penyandang gelaran yang juga pemenang tiga kali Datuk Nicol Ann David, ratu terjun negara Pandelela Renong serta dua atlet yang dicalonkan pertama kali iaitu bintang wushu Loh Jack Chang dan jaguh arena persilatan, Mohd Al Jufferi Jamari.  

Melihat kepada pencapaian gemilang dilakar lima calon pilihan SAM sepanjang tahun 2015, ternyata ianya sukar untuk menduga siapakah atlet yang akan menjadi pilihan untuk membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 beserta sebuah trofi yang akan disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.`  

Chong Wei menunjukkan karakter yang cukup hebat untuk kembali berada di kelompok lima terbaik dunia pada penghujung tahun 2015, hanya tujuh bulan selepas kembali dari penggantungan yang mana menyaksikan pemain kelahiran Pulau Pinang itu melalui detik hitam dalam kariernya digantung kerana kesalahan doping.

Di sebalik ramai yang meragui kemampuannya untuk kembali, pemenang  pingat perak Sukan Olimpik 2008 dan 2012 itu menterjemahkan perwatakan seorang pejuang sejati apabila menjuarai Terbuka Kanada, Terbuka Amerika Syarikat, Terbuka Perancis, Terbuka China, Terbuka Hong Kong dan menutup 2015 dengan kemenangan di Grand Prix Emas Malaysia Masters.

Chong Wei turut mara ke perlawanan akhir Kejohanan Dunia yang berlangsung di Jakarta sekaligus berjaya memperbaiki rankingnya yang menjunam ke kedudukan terburuk 180 dunia pada satu ketika.   

Ratu skuash, Nicol pula mencipta rekod berada di kedudukan nombor satu dunia untuk 107 bulan berturut-turut, iaitu hampir 9 tahun. Nicol melonjak berada di kedudukan nombor satu dunia pada August 2006 dan akhirnya melepaskan kedudukan itu kepada Raneem El Weleily dari Mesir pada Julai tahun lalu – ini sekaligus mengatasi rekod lama yang dipegang pemain New Zealand Susan Devoy.




Walaupun bergelut untuk mengekalkan prestasi terbaiknya pada penghujung musim, Nicol tetap unggul apabila menjulang beberapa gelaran utama seperti Terbuka Hong Kong dan Kejohanan Asia.  

Pandelela pula mencari gelaran atlet terbaik ketiganya di Anugerah SAM-100 PLUS setelah dua kali dinobatkan pada 2010 dan 2012.

Antara pencapaian hebat dilakar penerjun kelahiran Sarawak ini tahun lalu adalah memenangi pingat gangsa acara 10m platform di Siri Terjun Dunia di Kanada dan Kejohanan Akuatik Dunia ke-16 di Kazan, Rusia.

Kejayaan di Kazan itu lantas menjadikannya atlet pertama negara untuk layak beraksi di Sukan Olimpik Rio De Janeiro Ogos depan, yang juga Olimpik ketiga buat atlet berusia 22 tahun itu.

Tatkala nama Chong Wei, Nicol dan Pandelela terus menjadi pencabar popular bagi anugerah yang memasuki edisi ketujuh ini, pencapaian menakjubkan bergelar juara dunia membuka ruang kepada Loh Jack Chang dan Mohd Al Jafferi Jumari untuk turut mencabar sengit anugerah kali ini. 

Loh, atlet berusia 28 tahun dari Sarawak yang meraih pingat emas di Sukan SEA Singapura, mengakhiri cabaran 2015 dengan penuh bergaya apabila memenangi pingat emas acara Taijiquan di Kejohanan Wushu Dunia di Jakarta pada November lalu.
Loh Jack Chang


Manakala Al-Jafferi yang merupakan pesilat kelahiran Pahang cemerlang mengharumkan nama negara dengan memastikan lagu Negaraku berkumandang di bumi Phuket setelah menang emas Kejuaraan Silat Dunia Kelas Putra E selain turut mempertahankan pingat emas di Kejuaraan Silat Terbuka Belgium.

Siapakah di antara lima calon ini layak dinobatkan atlet terbaik, debarannya akan terjawab pada Rabu ini. 

Pemenang Atlet Terbaik Anugerah SAM-100 PLUS Sejak 2010  

2014 : Dato’ Nicol Ann David (Skuash)

2013 : Sazali Samad (Bina Badan)2012 : Pandelela Rinong (Terjun)

2011 : Nur Suryani Taibi (Menembak)

2010 : Pandelela Rinong (Terjun)

Tags / Kata Kunci: Anugerah SAM-100Plus

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan