Atlet Langgar Undang-Undang Perlu Tanggung Sendiri

Diterbitkan: Selasa, 29 Mac 2016 11:48 PM

Khairy Jamaluddin.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang salah laku atlet negara yang menyalahi undang-undang.

"Jika anda melanggar undang-undang maka anda akan membayar akibatnya. Saya telah mengarahkan Majlis Sukan Negara untuk berhubung dengan Jabatan Imigresen bagi mengetahui apa yang berlaku.

"Kami tidak boleh bertanggungjawab terhadap perbuatan atlet di atas kapasiti peribadi mereka, kata menterinya Khairy Jamaluddin ketika mengulas laporan media berhubung penahanan seorang atlet paralimpik badminton negara oleh Jabatan Imigresen Malaysia Kedah, Isnin.

Atlet berkenaan ditahan ketika melalui pemeriksaan imigresen di Kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (KIK) Bukit Kayu Hitam, atas dakwaan cuba menyeludup seorang wanita warga Thailand.

Atlet berusia 28 tahun itu dikatakan cuba menyeludup keluar warga Thailand berusia 25 tahun dipercayai teman wanitanya selepas dikesan memiliki cop pas lawatan sosial palsu dalam dokumen perjalanan miliknya.

Terdahulu Khairy mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Pengurus MSN Penggal ke-19 antara lain memaklumkan bahawa MSN akan melaksanakan Program Kerjaya dan Pendidikan Atlet Malaysia (MACE).

"Ia adalah bagi menyelaraskan serta menyediakan platform untuk mencari peluang dan program yang akan dijadikan sebagai asas dalam memberi keyakinan kepada atlet negara dari segi jaminan masa depan mereka," katanya.

Menurut beliau program itu melibatkan tiga komponen utama iaitu aspek pendidikan, kerjaya dan kebajikan atau perlindungan atlet.

Selepas Mesyuarat Lembaga Pengurus MSN, Khairy turut menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara MSN dengan Universiti Antarabangsa UNITAR.

MoU berkenaan adalah untuk kerjasama dalam program pembangunan bakat dan menyediakan akses pendidikan tinggi untuk atlet di bawah MSN.

"Majlis MoU dengan pihak UNITAR ini juga adalah sebahagian daripada program ini. Melalui kerjasama ini, pihak UNITAR telah bersetuju untuk menawarkan Program Pendidikan BTEC (Majlis Pendidikan Teknologi & Perniagaan) dengan kuota 50 orang pelajar yang akan menelan belanja sebanyak RM400,000 secara percuma.

"Ini merupakan salah satu inisiatif dalam usaha kita untuk memperkukuhkan lagi sokongan bagi program pendidikan dan kerjaya atlet negara," katanya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: KBS , Khairy Jamaluddin

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan