Welson Sim Tempat Slot Kedua Ke Olimpik

Diterbitkan: Sabtu, 19 Mac 2016 12:34 AM

Gambar fail Welson Sim.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perenang negara Welson Sim menempah slot kedua ke Sukan Olimpik 2016 di Brazil selepas meraih pingat emas dalam acara 200m gaya bebas lelaki pada Kejohanan Renang Peringkat Umur Kebangsaan Singapura ke-47 di Arena Akuatik OCBC di Singapura pada Jumaat.

Perenang kelahiran Sarawak, 18, yang telahpun layak ke Rio selepas merangkul  emas bagi acara 400m gaya bebas semalam mencatatkan masa 1 minit 47.67 saat, 0.30 saat dalam garis  masa "A" bagi  Olimpik, menurut laman sesawang kejohanan: www.swimsnag.com.sg.

Catatan Sim juga menyaksikan beliau mengatasi rekod kebangsaan yang dicatatkan oleh Daniel Bego dengan catatan 1:49.21s pada Kejohanan Terjun Siri Dunia FINA 2013 yang berlangsung di republik itu. 

Atlet negara yang telah layak ke Sukan Olimpik ialah Pandelela Rinong, Cheong Jun Hoong, Wendy Ng Yan Yee, Ooi Tze Liang, Nur Dhabitah Sabri (semua dalam acara terjun), Azizulhasni Awang, Fatehah Mustapa (lumba basikal), Jonathan Wong (menembak), Khairul Anuar Mohamad (memanah) dan dua atlet pelayaran.

Persatuan Pelayaran Malaysia (MYA) belum mengumumkan nama kedua-dua atlet pelayaran itu. - Bernama

Tags / Kata Kunci: Welson Sim

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan