Hoki: Piala Sultan Azlan Shah 2016 Terima Tajaan Tertinggi RM2.13 Juta

Diterbitkan: Sabtu, 12 Mac 2016 9:10 PM

Sultan Nazrin Shah (tengah) berkenan menerima replika cek penajaan bernilai RM300,000 daripada Yayasan Sultan Azlan Shah untuk Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah Ke-25 pada Sabtu. Foto: Bernama

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penganjuran Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah tahun ini, mendapat penajaan tertinggi sebanyak RM2.13 juta.

Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Piala Sultan Azlan Shah, Datuk Abd Rahim Mohd Ariff berkata Yayasan Sultan Azlan Shah menyumbang penajaan terbanyak melibatkan RM300,000.

"Penaja tahun lepas dan tahun ini adalah sama, cuma jumlah penajaan bertambah (berbanding RM1.7 juta tahun lepas)," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan cek penajaan sempena kejohanan itu, yang disempurnakan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah di sebuah hotel di sini pada Sabtu.

Abd Rahim berkata bersempena edisi ke-25 kejohanan tersebut kali ini, penganjur akan mengadakan konvoi membawa Piala Sultan Azlan Shah dari Stadium Hoki Tun Razak, Kuala Lumpur ke Stadium Hoki Sultan Azlan Shah di Ipoh, pada 4 April.

Beliau turut menaruh harapan tinggi kepada pasukan negara untuk menjuarai piala tersebut kali ini, walaupun mengakui saingan pada tahun ini lebih sengit.

"Malaysia tidak pernah menjulang Piala Sultan Azlan Shah. Kejohanan tahun ini juga menjadi tumpuan semua pasukan sebagai persediaan ke Sukan Olimpik di Brazil. 

"Pemain daripada pasukan-pasukan yang menyertai kejohanan ini pasti mahu menggunakan peluang di sini untuk menarik perhatian jurulatih mereka supaya mendapat tempat beraksi di Sukan Olimpik Rio," kata Abd Rahim.

Sebanyak tujuh pasukan akan menyertai kejohanan itu yang akan berlangsung di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah, Ipoh dari 6 hingga 16 April. 

Pasukan tersebut adalah Malaysia, Australia, India, Jepun, Kanada, New Zealand dan Pakistan. Untuk rekod, pasukan negara muncul naib juara sebanyak lima kali pada 1985, 2007, 2009, 2013 dan 2014.

Australia muncul pasukan yang meraih kejuaraan terbanyak, iaitu lapan kali. Pada edisi lepas, Australia gagal mempertahankan kejuaraan selepas tewas kepada New Zealand 1-3 dalam penentuan pukulan penalti. -Bernama

iklan

Video

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Kolumnis

iklan

Iklan