Zika: Rio Selamat Bagi Atlet Sukan Olimpik

Diterbitkan: Rabu, 9 Mac 2016 11:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dengan kebimbangan yang semakin meningkat berhubung wabak Zika di Brazil, kedutaannya di Malaysia berkata keselamatan atlet yang mengambil bahagian dalam sukan Olimpik Rio de Janeiro 2016 adalah terjamin.

Menteri Penasihat Kedutaan Brazil, Daniel Falcon Lins berkata kemungkinan bagi seseorang melawat Brazil dijangkiti Zika virus adalah lebih rendah berbanding negara-negara lain yang dijangkiti virus disebarkan nyamuk Aedes.

"Saya berani mengatakan kemungkinan seseorang yang melawat Brazil untuk mengambil bahagian atau menonton Sukan Olimpik dijangkiti Zika adalah jauh lebih kecil berbanding dengan banyak negara-negara yang terjejas dengan wabak itu.

Kami akan berusaha untuk mengelak kes-kes itu. Tidak ada negara yang mengambil begitu banyak langkah berjaga-jaga untuk membanteras nyamuk seperti Brazil.

"Memandangkan usaha membuat vaksin masih di peringkat awal, apa yang boleh kita lakukan sekarang ialah untuk melawan nyamuk, pembawa virus. Kerajaan Brazil telah mengambil langkah-langkah berterusan untuk menghentikan pembiakan termasuk usaha tambahan di bandar sukan Rio di mana pegawai-pegawai diletakkan di kawasan perumahan untuk memerangi virus itu," katanya kepada Bernama dalam temu bual eksklusif.

Beliau juga menyatakan bahawa acara Sukan Olimpik dan Paralimpik akan diadakan semasa musim sejuk di negara ini pada Ogos dan September, di mana suhu akan jauh lebih rendah yang mengurangkan pembiakan populasi nyamuk.

Kira-kira 220,000 anggota tentera dan 300,000 kakitangan jabatan kesihatan dan juga sukarelawan di seluruh negara berganding bahu untuk memerangi kawasan pembiakan vektor yang membawa maut di negara seluas 3.288 juta batu persegi itu, kata Lins.

Zika pertama kali ditemui pada tahun 1950-an, di mana beberapa siri kes Zika direkodkan di Afrika, Amerika, Asia dan Pasifik, tetapi arus wabak itu mula yang dikesan di Brazil pada Mei tahun lepas, telah mencapai lebih daripada 35 negara terutamanya di Amerika Selatan dan Caribbean.

"Kerajaan Brazil sangat telus tentang Zika, kerajaan mendedahkan sebarang maklumat dan perkembangan terkini wabak itu seperti kaitan antara microcephaly (perkembangan otak yang tidak normal bayi yang baru lahir), walaupun kita tahu ia akan memberi kesan negatif dalam jangka pendek.

"... kerana kita sedar tanggungjawab bukan sahaja untuk kita tetapi untuk semua negara di dunia ini kerana Zika adalah sejenis virus yang boleh didapati di banyak negara-negara di dunia. Namun ini adalah maklumat sebenar..bukan panik, jahil atau apa sahaja jenis maklumat," kata diplomat itu.

Dengan lebih daripada 1.5 juta orang telah dijangkiti di seluruh Brazil sendiri, Lins berkata lebih 80 peratus daripada kes-kes itu mungkin tidak tahu bahawa mereka telah dijangkiti virus itu.

Gejala yang paling biasa bagi jangkitan Zika adalah demam, ruam, sakit sendi, dan konjunktivitis (mata merah), yang bermula dua hingga tujuh hari selepas digigit nyamuk yang dijangkiti dan pesakit biasanya hanya perlu banyak berehat, cukup air, dan ubat-ubatan mudah untuk sakit dan demam.

Bagaimanapun, keadaan panik yang paling besar adalah ke atas wanita mengandung dan mereka yang merancang untuk mendapatkan bayi, kerana virus itu dikatakan boleh menyebabkan microcephaly, satu keadaan yang ditakrifkan sebagai saiz kepala luar biasa kecil yang boleh menyebabkan masalah tumbesaran.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan wabak Zika sebagai keadaan cemas global. Bagaimanapun, pengarahnya Dr Margaret Chan selepas melawat Brazil berkata Zika tidak seharusnya menjejaskan kunjungan antarabangsa atau menghalang kejayaan Sukan Olimpik di Amerika Selatan buat kali pertama.

Bagaimanapun, Lin menasihatkan semua 10,500 atlet dari 206 negara yang mengambil bahagian dalam pelbagai acara sukan mulai 5 hingga 21 Ogos untuk mengambil langkah tambahan berjaga-jaga bagi mengelakkan gigitan nyamuk.

Katanya beberapa entiti yang berbeza di seluruh dunia, termasuk sebuah syarikat Malaysia sedang berusaha menghasilkan vaksin untuk virus itu.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Sukan Olimpik , Rio de Janeiro , Zika , Aedes

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan