Azizulhasni Makin Matang Selepas Tiga Kali Sertai Olimpik

Diterbitkan: Selasa, 8 Mac 2016 8:15 PM

Azizulhasni bersama anaknya Amna Maryam, menunjukkan pingat gangsa yang dimenanginya pada UCI Track Cycling World Championships lalu pada sidang akhbar persediaan Olimpik Rio pada Selasa. - fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Jaguh berbasikal trek negara Azizulhasni Awang yang sudah melayakkan diri ke Sukan Olimpik Rio de Janeiro, Brazil, Ogos depan, memasang impian besar untuk meraih pingat emas pada temasya itu.

Azizulhasni yang mengakui semakin matang dalam perlumbaan berbasikal dunia selepas tiga kali beraksi pada Olimpik, berkata beliau kini di tahap terbaik, dan berharap dapat membawa pulang pingat pada temasya empat tahun sekali itu.

"Usia saya sudah lewat 20-an dan ini Olimpik ketiga bagi saya...saya telah bekerja keras sejak awal untuk layak ke Sukan Olimpik tahun ini. Tidak seperti sebelum ini, saya perlu kumpul mata untuk ke Rio," katanya pada Selasa.

Azizulhasni, 28, yang ditemui pemberita selepas majlis pengumuman rasmi layak ke Sukan Olimpik Rio oleh penajanya, Yayasan Sime Darby, berkata tumpuannya kini adalah memberi sepenuh fokus terhadap persiapan ke temasya itu.

Pelumba kelahiran Terengganu itu melayakkan diri dalam acara keirin pada Sukan Olimpik Rio, selepas menghuni kedudukan teratas dalam kalangan pelumba Asia.

Azizulhasni berkata sebelum ini beliau sedih kerana gagal menempah slot ke Rio dalam acara pecut, namun selepas berbincang dengan jurulatih, John Beasley serta pengurusan pasukan, dia yakin itu adalah keputusan terbaik baginya.

"Memang sedih tidak layak dalam acara pecut, tetapi bila lihat dari sudut positif, acara keirin memang saya lebih berpeluang membawa balik pingat. Mungkin, ada baik buruknya tidak layak dalam acara pecut," katanya.

Azizulhasni berkata dalam tempoh kira-kira 20 minggu sebelum Sukan Olimpik Rio bermula, beliau percaya dapat meningkatkan prestasi menghadapi temasya sukan terbesar di dunia itu.

Katanya sepanjang tempoh tersebut, beliau perlu berhati-hati ketika sesi latihan agar tidak mengalami sebarang kecederaan sebelum memulakan aksi di Rio.

Ditanya sama ada beliau akan bersara seandainya berjaya meraih pingat emas pada Sukan Olimpik kali ini, Azizulhasni berkata: "Perjalanan saya masih jauh walaupun saya kini berusia lewat 20-an". - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan