Svitolina Rangkul Kejuaraan Terbuka Malaysia BMW 2016

Diterbitkan: Isnin, 7 Mac 2016 7:46 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemain nombor 19 dunia, Elina Svitolia merangkul kejuaraan keempat dalam siri Jelajah Persatuan Tenis Wanita (WTA) apabila mengalahkan pemain Kanada, Eugenie Bouchard dalam final Kejohanan Wanita Terbuka Malaysia BMW 2016 di sini, pada Ahad malam.

Pemain Ukraine, selaku pilihan kedua kejohanan, bagaimanapun terpaksa berhempas pulas hampir tiga jam sebelum menundukkan Bouchard 6-7(5), 6-4, 7-5 di gelanggang Kelab Golf  and  Country Kuala Lumpur (KLGCC) di sini.

Ini adalah kali keempat Svitolina, 21, mengalahkan Bouchard dalam siri kejohanan WTA.

"Perlawanan ini meNgambil masa dan set pertama memang sengit dan saya rasa kecewa tetapi jurulaltih meminta saya supaya menguatkan semangat.

"Semua orang rasa saya akan kalah selepas set pertama tetapi saya suka melakukan kejutan. Saya mengingatkan diri supaya menampilkan permainan biasa dan lupakan tentang set pertama.

"Bila melihat Bouchard rasa tertekan, saya mengambil kesempatan," kata Svitolina yang membawa pulang hadiah wang tunai US$43,000 (RM158,485).

Terdahulu, dalam acara beregu, gandingan Varatchaya Wongteanchai dari Thailand dan Yang Zhaoxuan dari China bangkit dari ketinggalan set pertama untuk merangkul kejuaraan.

Gandingan itu menundukkan juara bertahan Liang Chen dan Wang Yafan dari China 4-6, 6-4 dan 7-10 dalam pertarungan selama 89 minit.

"Kami amat gembira untuk menjuarai kemenangan pertama dalam siri Jelajah WTA. Hanya November lepas, kami kalah kepada mereka 6-3, 6-4 dalam final Terbuka Thailand di Huan Hin.

ni adalah kemenangan yang menakjubkan dan gembira untuk mengalahkan juara bertahan. Saya fikir kita boleh berganding dalam kejohanan WTA seterusnya," kata Yang, pemain berusia 21 tahun itu.

Selaku juara, beregu tersebut membawa pulang hadiah wang tunai US$12,300 (RM45,616) serta 280 mata ranking WTA manakala naib juara menerima US$6,400 (RM25,997) serta 180 mata ranking.


Keputusan Final

Perseorangan: Svitolina (UKR) mn Eugenie Bouchard (CAN) 6-7(5), 6-4, 7-5

Beregu: Varatchaya Wongteanchai (THA)/Yang Zhaoxuan (CHN) mn Liang Chen/Wang Yafan (CHN) 4-6, 6-4, 10-7.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan