Calon #APO2016: Pandelela Tumpu Latihan Fizikal Sebelum Ke Rio

Diterbitkan: Isnin, 7 Mac 2016 4:00 PM

Foto: Ricky Lai/ The Star

(Ubah saiz teks)



PETALING JAYA
: Ratu terjun negara, Pandelela Rinong Pamg mahu menumpukan latihan fizikal dalam persiapan ke Sukan Olimpik pada Ogos ini.

Anak kelahiran Sarawak itu menjadi atlet Malaysia pertama yang layak ke Rio de Janeiro, Brazil ketika Kejohanan Akuatik Dunia di Kazan, Rusia pada Julai tahun lalu.

Menurut Pandelela,23, fokusnya kini lebih kepada latihan fizikal bagi memperkemaskan aksinya.

"Persiapan seperti biasa, cuma saya perkuatkan latihan fizikal. Setakat ini segalanya berjalan lancar.

"Saya dapat rasakan prestasi semakin baik berbanding sebelum ini dan yang penting tidak mengalami sebarang kecederaan yang boleh membantutkan persiapan saya," jelasnya kepada mStar Online menerusi aplikasi WhatsApp pada Isnin.

Pandelela bersama skuad terjun negara yang lain kini giat menjalani latihan di bawah bimbingan jurulatih Yang Zhuliang bagi menghadapi dua kejohanan dunia minggu ini.

"Jumaat ini kami akan beraksi pada Kejohanan Terjun Siri Dunia Beijing dan selepas itu terus ke Dubai bagi kejohanan yang sama.

"Kejohanan-kejohanan ini amat penting bagi saya bagi mengukur prestasi semasa sebelum ke Rio nanti," jelas Pandelela yang turut tersenarai sebagai calon Anugerah Pilihan Online (APO) 2016 bagi kategori Bintang Sukan Wanita Pilihan Online.

Dalam pada itu, Pandelela tidak mahu terlalu memikirkan soal pingat kerana ia sesuatu yang sukar dijangka memandangkan persaingan dari negara-negara lain semakin sengit.

"Saya hanya mahu fokus, lakukan yang terbaik dalam setiap terjunan nanti," katanya ringkas.

Bulan lalu, Pandelela bersama pasangannya, Cheong Jun Hoong berjaya mencuri satu lagi slot ke Olimpik apabila merangkul perak di hari pembukaan Piala Dunia Terjun di Rio.

Sebagai rekod, Pandelela gagal ke pusingan akhir pada Olimpik 2008 di China namun berjaya mengharumkan nama Malaysia apabila memenangi pingat  gangsa pada Sukan Olimpik London 2012.

Selain itu, siswazah Universiti Malaya turut gembira apabila namanya turut tersenarai dalam 15 atlet wanita negara bagi pencalonan APO 2016 dan berharap mendapat undian tinggi daripada semua penyokong atau peminatnya.

Peminat sukan negara boleh mencalonkan atlet pilihan masing-masing dengan melayari http://apo.mstar.com.my. Pencalonan berlangsung sehingga 31 Mac.

Pencalonan terbanyak akan membolehkan selebriti dan personaliti berkenaan ke peringkat seterusnya iaitu pengundian lima teratas mulai 1 April ini.

APO2016 yang dikendalikan portal berita mStar Online dan Suria FM  dengan tajaan produk kosmetik Dnars memperkenalkan 17 kategori membabitkan sembilan dalam bidang hiburan, tiga kategori sukan dan lima lagi kategori gaya hidup. 

Acara kemuncak ini akan disiarkan secara langsung menerusi TV2 pada 30 April depan, pukul 9 malam dari Auditorium Perdana, Angkasapuri Kuala Lumpur.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan