China Sapu Bersih Kejohanan Ping Pong Berpasukan Dunia

Diterbitkan: Isnin, 7 Mac 2016 12:04 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: China merangkul Kejohanan Ping Pong Berpasukan Dunia (WTTC) 2016 buat kali kelapan berturut-turut selepas mengalahkan Jepun 3-0 pada final acara lelaki di Stadium Malawati di sini, malam Ahad.

Kejuaraan tersebut merupakan kali ke-20 buat kedua-dua pasukan lelaki dan wanita China dalam kejohanan dunia itu selepas pasukan wanita negara itu turut mencatatkan keputusan sama dengan Jepun pada final sebelum ini.

Dalam final lelaki, pemain nombor tiga dunia, Xu Xin membuka langkah dengan menewaskan Jun Mizutani 11-6, 11-8 dan 11-8 sebelum pemain nombor satu dunia, Ma Long memperkukuhkan kedudukan dengan mengalahkan Maharu Yoshimura 11-3, 11-8 dan 11-6.

Pada perlawanan ketiga, pemenang pingat emas Sukan Olimpik London 2012, Zhang Jike mengesahkan kejuaraan milik China apabila mengalahkan Yuya Shima 9-11, 11-8, 11-6 dan 11-7.

Perlawanan akhir itu disaksikan lebih 10,000 penyokong China yang dibawa oleh penaja utama kejohanan, Perfect China Company.

Sementara itu, Korea Selatan dan England merangkul pingat gangsa selepas masing-masing kalah kepada China dan Jepun di peringkat separuh akhir pada Sabtu.

Hadiah disampaikan oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Sejumlah 91 pasukan lelaki dan 81 pasukan wanita dari 99 negara mengambil bahagian dalam kejohanan seminggu yang dihoskan oleh Persatuan Ping Pong Malaysia (TTAM). - BERNAMA

 
Tags / Kata Kunci: China , ping pong

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan