Azizulhasni Raih Pingat Gangsa Keirin Kejohanan Dunia

Diterbitkan: Isnin, 7 Mac 2016 7:11 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelumba elit negara, Mohd Azizulhasni Awang berjaya meraih pingat gangsa acara keirin lelaki pada Kejohanan Berbasikal Trek  Dunia UCI di Lee Valley Velopark, Stratford, London, pada Ahad.

Pingat emas acara itu dimenangi pelumba Jerman, Joachim Eiler dan pingat  perak milik pelumba dari New Zealand, Eddie Dawkins.

Terdahulu, dalam saringan pusingan pertama, pelumba berusia 28 tahun itu sekadar menduduki tempat ketiga dan memaksa beliau melalui pusingan "repechage" untuk meraih tempat di separuh akhir.

Beliau menewaskan pelumba Andre Vinokourov (Ukraine), Jacob Schmid  (Australia) dan Hersony Canelon (Venezuela) dalam pusingan repechage itu.

Pelumba ranking nombor satu dunia keirin itu, kemudian berjaya meraih  tempat ke peringkat akhir selepas berada di kedudukan kedua dalam saringan  kedua separuh akhir kedua.

Mohd Azizulhasni telahpun melayakkan diri dalam acara keirin ke Sukan Olimpik Rio de Janeiro selepas berada di kedudukan teratas Asia.

Tags / Kata Kunci: Azizulhasni Awang

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan