Fatehah Gembira Galas Cabaran Negara Di Olimpik

Diterbitkan: Ahad, 6 Mac 2016 5:49 PM

Fatehah Mustapa.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kempen pelumba trek wanita elit negara, Fatehah Mustapa pada Kejohanan Berbasikal Trek Dunia UCI 2016 berakhir dengan kekecewaan berikutan kegagalannya untuk mara ke acara pecut pada Sabtu.

Walaupun gagal mara ke pusingan berikutnya dalam kejohanan dunia itu, pelumba berusia 26 tahun ini masih mempunyai peluang untuk membuktikan kemampuan sebenarnya kerana dia tetap layak untuk menggalas cabaran Malaysia pada Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Ogos ini.

"Dah lama juga di London ni, selesai menyertai Kejohanan Dunia kali kelima saya di sini dengan sedikit rasa kecewa dengan pencapaian saya dalam keirin dan sprint, mungkin ia bukan hari bertuah bagi saya, tapi saya akan kembali dengan lebih kuat nanti..Insya-Allah.

"Saya gembira kerana menjadi sebahagian daripada PASUKAN OLIMPIK MALAYSIA ke #rioolympics2016...terima kasih Sime Darby kerana menjaga saya dan @azizulawangofficial dengan baik selama ini!

"Terima kasih juga kepada keluarga saya, yang sentiasa memberi sokongan dan semangat ketika saya gagal atau berjaya. Terima kasih kepada rakan sepasukan saya @shahfirdaus95 @meknakogi @jupha @cheeleeming @mohdizham @elitesportsperformance @beasleycycles yang membantu saya selama ini...teruskan sokongan anda kepada saya dan @azizulawangofficial untuk ke #rioolympics2016," kata pelumba kelahiran Hulu Terengganu itu dalam catatan terbaru di laman Facebooknya.

Tempat Fatehah ke Sukan Olimpik 2016 adalah terjamin bagi mengisi dua slot bagi benua Asia bersama Lee Wai Sze dari Hong Kong berdasarkan keputusan ujian kelayakan bagi acara pecut.

Pada ujian kelayakan pecut di Lee Valley VeloPark, Stratford, London, Fatehah mencatat masa 11.334 saat untuk menduduki tempat ke-25 daripada 33 penunggang.

Kejohanan Berbasikal Trek Dunia UCI 2016 adalah acara terakhir yang menawarkan mata kelayakan untuk ke Sukan Olimpik. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan