Watson Selar Penulis Dedah Status Kewangan

Diterbitkan: Sabtu, 5 Mac 2016 4:51 PM

Gambar fail Watson ketika aksi pada tahun 1998.

(Ubah saiz teks)

MIRI: Pemegang rekod kebangsaan 100 meter, Watson Nyambek, menyuarakan kekecewaannya tentang sebuah artikel yang mendedahkan status kewangannya serta menyifatkannya sebagai "tidak beretika dan tidak profesional".

Kata Watson, penulis artikel itu menghubunginya melalui telefon mengenai satu notis muflis yang tersiar dalam ruangan iklan sebuah akhbar tempatan semalam.

"Saya jelaskan kedudukan saya kepada wartawan itu, ia sepatutnya merupakan perbualan antara dua orang kawan dan saya tidak pernah memberi kebenaran kepadanya untuk menyiarkan berita itu. Ia merupakan hal peribadi bagi saya serta keluarga saya dan saya kecewa serta marah kerana dia tidak menghormati privasi saya," katanya kepada Bernama di sini pada Sabtu.

Watson, yang ditemani isterinya, Fellizia Michael, berkata penulis itu sepatutnya meminta kebenarannya terlebih dahulu kerana artikel berkenaan boleh menjejaskan kerjayanya sebagai jurulatih dari segi penajaan dan kredibilitinya.

"Paling penting, saya ingin jelaskan sekali lagi di sini bahawa saya tidak pernah memberi kebenaran kepada penulis itu untuk menyiarkan berita berkenaan,ya, kami memang bergelut dari segi kewangan sejak beberapa tahun lepas, tapi kami tidak cuba untuk mengemis simpati," katanya.

Watson berharap penyiaran berita itu tidak menjejaskan Flying Dayak Club, kelab yang ditubuhkannya bagi melatih atlet di negeri ini.

Ketika berkongsi kekecewaan Watson, Felliza berkata mereka mungkin menimbang mengambil tindakan undang-undang terhadap penulis berkenaan.

"Dua peguam, seorang dari Limbang dan seorang lagi dari Miri telah menghubungi kami bagi menawarkan khidmat mereka sekiranya kami memerlukan nasihat berkaitan undang-undang. Saya cuba memanggil dan menghubungi penulis itu melalui WhatsApp sejak pagi tadi, tapi dia tidak menjawab atau membalas mesej WhatsApp saya. Inikah yang dikatakan kewartawanan bertanggungjawab?" tanya wanita itu.

Felliza berkata dia dan Watson berusaha untuk menambah pendapatan denganberniaga buah-buahan berhampiran pusat beli-belah, menjual beg buatan sendiri dan menjelajah ke seluruh negara untuk mengadakan klinik kejurulatihan di sekolah. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Watson Nyambek

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan